Tag Archive for: Kanser

Bomoh Bukan Pakar Kanser

Ramai yang tahu bahawa mereka menghidapi penyakit tetapi tidak mahu berubat lanjut. Sudah banyak kes saya temui, doktor mengesahkan beliau kemungkinan menghidapi kanser, tetapi enggan dirujuk ke hospital dengan alasan ingin berubat kampung. Selang beberapa ketika, diberitakan bahawa beliau sedang nazak di hospital kerana kanser telah sampai tahap 4. Tahap yang hanya menunggu kematian menjengah. […]

Tuala Wanita Beracun

Saya membaca mesej viral mengenai tuala wanita yang kononnya beracun dan penyebab kanser wanita. Hairan saya kerana ada pula yang sanggup menyalahkan tuala wanita itu sebagai punca kanser dek kerana salah satu bahan yang terdapat dalam span tuala wanita bernama dioxin. Setakat ini punca yang terbukti penyebab kanser pangkal rahim wanita adalah kuman Human Papiloma […]

Perdarahan Selepas Putus Haid Adalah Tanda Kanser?

Ramai wanita mengadu bahawa mereka didatangi haid semula setelah putus haid beberapa tahun. Apabila mereka mengadu kepada suami, mungkin ramai yang pandang ringan, kerana persepsi ramai mengatakan normal haid datang semula setelah pencen. Malah pernah dibincangkan dalam kitab pengajian agama pun banyak kali ditekankan bahawa keluar darah semacam haid itu normal walaupun sudah menopos. Namun […]

Probiotik Punca Kanser?

Biasanya isu tular yang melibatkan jenama tertentu atau makanan tertentu cepat merebak dikalangan masyarakat kita. Terkini, timbul kembali isu meminum minuman probiotik (seperti Vitagen, Yakult dan lain²) punca kepada penyakit kanser. Mesej yang ditularkan kembali itu sebenarnya telah berlegar sejak dari tahun 2015 lagi. Mesej berkenaan memaparkan cerita seorang pelawat hospital yang mengunjungi waris mereka […]

Botol Plastik Punca Kanser?

Sekurang-kurangnya terdapat dua sebaran maya yang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan botol/bekas plastik kerana menjadi punca kepada kanser. Amaran pertama adalah larangan dari menggunakan bekas plastik ketika menyediakan juadah minuman dan makanan. Begitu juga larangan memasukkan botol plastik dalam mikrowave kerana ia mengundang 52 jenis kanser. Sebaran kedua mengenai amaran dari seorang […]

BigPharma milik Yahudi? 

Saya termenung kesian apabila membaca tulisan yang bertajuk “BIG PHARMA milik Yahudi akan jatuh bangkrap jika semua pesakit kanser amalkan HABBATUS SAUDA”. Dakwaan tulisan tersebut bahawa Habbatus Sauda ini ajaib kerana kuasa penyembuhannya menandingi ubat kimoterapi yang termahal atas dunia ini. Kemudian beliau meletakkan beberapa kajian saintifik yang menyokong habbatus sauda, kononnya telah terbukti keberkesanannya. […]

Bahaya Florida dalam Air? 

​FLOURIDA DALAM AIR ; JANGAN MUDAH PANIK!  Oleh: Dr Ibrahim Shaharuddin  Baru-baru ini satu mitos yang sering belegar dalam dunia pergigian menjadi perhatian semula.Adakah fluorida dalam minuman dan ubat gigi bahaya kepada kehidupan harian? Pentingkah fluorida dalam bidang pergigian? Ini bukan isu baru,ianya sering dipatahkan oleh fakta-fakta yang di dukung oleh kajian-kajan terkini. 1. Terbaru, […]

Ultrasound Penyebab Autism? 

ULTRASOUND SELAMAT DIGUNAKAN Terdapat sebaran tak tepat berkaitan dengan penggunaan ultrasound yang digunakan oleh para doktor semasa pemeriksaan ibu-ibu hamil. Tanpa kami ketahui niat sebenar sebaran negatif itu. Sekaligus boleh mencetuskan kerumitan di pihak kami bagi melaksanakan tugas perawatan yang sempurna. . Pada tahun 1942, Pakar saraf (Neurologist) Karl Dussik adalah pelopor penggunaan alat imbas […]

Air Kangen

#Mitos_Air_Kangen Oleh Nazzatush Shimar Jamaluddin Post ini panjang, melibatkan serba sedikit penjelasan berkenaan kimia. Tolong baca dan fahamkan. Nampak sukar difahami tapi sangat penting dalam aplikasi kehidupan seharian. Apa itu ASID, BES dan ALKALI? Di sekolah, kita diajar tentang konsep ASID & BES yang mudah menggunakan konsep Arrhenius. Sebatian itu dikatakan asid apabila ia membebaskan […]

Buah Letup-letup Ubat Stroke? 

#Buah_Letup_Letup Rakan-rakan bertanya kepada saya mengenai buah letup-letup yang ditularkan mempunyai khasiat ajaib. Antara sebaran yang ditularkan itu adalah:   “Buah letup kelambu, cabut sepokok, basuh cuci dgn akar, batang, daun dan buah. Rebus dgn tiga gelas air sampai tgl satu gelas. Amalkan minum pagi dan ptg selama tiga hari…insha allah, stroke (lumpuh) akn pulih. […]

​Kanser: Perubatan Moden vs Sunnah

Oleh Istisyhad Eliyana | Pengidap Kanser dalam rawatan  Beberapa kali saya menulis dan memadam tulisan ini kerana saya bimbang lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.  Namun setelah melihat kesedihan, harapan dan tekanan oleh pesakit lain,  saya rasa saya mahu teruskan. Sebelum itu saya meminta maaf sekiranya tulisan kali ini bukan apa yang anda mahu baca, atau […]

​Produk Kesihatan Bertopeng Sunnah

Oleh: Dziehan Mustapha Pada suatu petang saya menerima sebuah mesej melalui facebook messenger daripada seseorang individu yang tidak dikenali. Beliau ingin bertanyakan berkaitan sebuah minuman kesihatan berunsurkan Habbatus Sauda sama ada adakah saya ingin mencubanya setelah melihat saya bertanyakan berkaitan produk itu pada facebook page penjual produk tersebut. Katanya melalui fb messenger“Assalamualaikum saudara…dah cuba ke […]

Budu dan Pegaga Ubat Kanser?

*#Budu_dan_Pegaga_Ubat_Kanser* Budu adalah salah satu makanan rakyat Kelantan sejak turun temurun. Ia diperbuat dari pemeraman ikan dalam satu tempoh tertentu dan menghasilkan cairan seakan-akan sos, samada ianya sos bilis atau sos ikan-ikan tempatan seperti ikan tamban, ikan parang dan sebagainya. Rakyat kelantan amat bangga dengan penemuan kajian yang dijalankan oleh Dr Lee YY dan rakan-rakan mereka […]

Rice Cooker Penyebab Diabetes dan Kanser

​#Rice_Cooker_Penyebab_Diabetes_dan_Kanser Saya membaca satu tulisan seorang ibu yang mengulas lanjut satu ceramah yang dihadiri beliau anjuran sekolah anaknya. Ceramah yang disampaikan oleh Pak Anto dari Lembaga Konsultan Kanker Indonesia. Ulasan tersebut berkisar mengenai bahaya menggunakan/menghangatkan kembali nasi dalam “Rice Cooker” melebihi 12 jam. Dakwaan dari penceramah tersebut bahawa amalan sedemikain boleh menyebabkan diabetis dan cancer. […]

Raja Satung

Pagi tadi seorang pesakit separuh umur datang jumpa saya di klinik. Beliau adalah pesakit kencing manis tegar tak terkawal. Ubat pil sudah optima, saya cadang pada beliau agar ambil suntikan insulin pula. Huh macam nak perang kat klinik kerana tuduh insulin ini agenda Yahudi dan ada kandungan babi. Saya terangkan dengan tenang akan kebaikan insulin […]

Pokok Ulam Raja Sembuh Kanser?

Saya selalunya melihat sebaran media sosial boleh mendatangkan harapan yang tidak tepat apabila isu ubatan/bahan yang belum sahih dibuktikan menjadi viral. Ini kerana corak penceritaan mereka seolah sahih dari sudut perubatan tetapi ianya berlaku sebaliknya. Diperhatikan kebanyakan jurujual menggunakan tektik sama bagi info perubatan herba yang dipromosikan itu. Antaranya: 1) Sandarkan bahan/ubat tersebut ciptaan Allah. […]

Makanan Sejuk Beku Sebabkan Kanser? 

Oleh Puan Ruqayyah Muhd | Dietitian HUSM  “ Puan, betul ke makanan yang dah disejuk bekukan boleh menyebabkan kanser? Bagaimana saya nak sediakan makanan setiap hari. Adakah saya perlu beli lauk di pasar segar setiap hari? Ikan , ayam di pasar pun biasanya dah disejuk bekukan. Tolong bagi pencerahan Puan.” Mesej seorang Ibu muda kepada […]

Bahaya Air Botol Plastik dalam Kereta

Mengaitkan perkara rutin dalam amalan kita dengan kanser banyak disebarkan dalam media sosial. Salah satu darinya adalah; air dalam botol plastik yang terjemur dalam panas kereta boleh menyebabkan kanser. Lantas diberi contoh selebriti TV yang menghidap kanser akibat meminum air dalam botol plastik yang sudah lama berada dalam kereta. Berikut adalah sebaran maya yang sudah […]

Vitamin B17 dan Kanser 

KANSER HANYALAH SATU PERNIAGAAN? ISU 1: Buku “World Without Cancer” dihalang untuk di terjemah kepada bahasa-bahasa lain. 😓😓😓 Saya melakukan sedikit carian berkenaan buku ini. Penulis buku ini bernama G. Edward Griffin. Beliau merupakan seorang PENULIS dan PENERBIT FILEM. Beliau memperolehi sarjana muda dalam bidang KOMUNIKASI. (1) Saya kurang faham. Bukankah Bahasa Inggeris merupakan bahasa […]

Pad & Bra Wanita Punca Kanser

Kononnya terdapat satu sebaran maya mengenai isu kanser vagina dan payudara yang telah dikeluarkan oleh Tata Cancer Hospital.  Mesej bahasa inggeris seperti berikut:  Please let your wife know about this,,This is a serious caution from medical practioners [LUTH] to all female beings be it infant, baby girl, ladies, mothers; cancer of the vagina is all […]