Lawan Konsert Kat Sekolah

Pernah masa sekolah dahulu kami berbalah dengan geng-geng yang nak buat konsert kat dewan sekolah. Geng mat surau back-up, turut lawan anjuran konsert tersebut. Kami mengadu ke PK HEM yang kebetulan seorang ustaz. Dengan harapan ustaz tersebut juga akan backup kami yang tak setuju dengan konsert yang lagha serta dicampur dengan alatan musik seperti main […]

Ganja Perubatan vs Rekreasi?

Ganja untuk Perubatan? . Selain daripada ketagihan, penyalahgunaan ganja juga telah dibuktikan melalui kajian-kajian perubatan berupaya mendatangkan masalah psikologi dan mental terhadap penggunanya. Semakin lama penyalahgunaan itu berlaku, kesan kesihatan mental yang bakal diperolehi juga akan menjadi lebih teruk. Bukan setakat diri yang beroleh mudarat kesihatan, tetapi kajian-kajian menunjukkan penyalahgunaan tersebut bakal mendatangkan kesan terhadap […]

Mahkamah Vaksin?

Mahkamah Vaksin? Dalam satu rancangan Fb Live Datuk Dr Musa Nordin mempersoalkan kaedah penentuan punca kematian yang sedang dijalankan oleh KKM sekarang. Katanya KKM sedikit berat sebelah. Lalu dibandingkan dengan mahkamah vaksin di Amerika Syarikat. Bagi menampakkan keadilan, kerajaan digesa wujudkan mahkamah vaksin! Namun saya kurang bersetuju dengan pandangan Dato Dr Musa. Ianya boleh diperbahaskan […]

𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗧𝗮𝘁𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗨𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-19

Banyak ilmu baru kita belajar dalam pengurusan COVID-19 dan sentiasa mengemas kini pengurusan terbaik demi kebaikan masyarakat juga akhirnya. Sama seperti pengurusan jenazah COVID-19 jika sebelum ini kita mengambil model yang telah digunakan bagi menguruskan jenazah pesakit 𝗘𝗯𝗼𝗹𝗮 sebagai tanda aras kita untuk menguruskan sakit COVID-19. Mungkin ianya perlu dinilai semula berdasarkan kepada dapatan dapatan […]

Vaksin COVID-19 mRNA bertukar menjadi DNA?

Sabar, perbincangan isu ini adalah dalam bentuk akademik dan teori. Ianya perlu diterjemahkan dalam realiti. Jika kajian pra-linikal (seperti yang tunjukkan oleh kajian Sweden itu) membuktikan RNA bertukar kepada DNA, maka kajian perlu dilakukan secara klinikal pula (atas manusia). Maksudnya perlu dibawa bukti terhadap masyarakat ramai yang telah pun ambil vaksin jenis mRNA itu. Sehingga […]

Berita Palsu Kesan Vaksin

Bagaimana berita palsu tersebar dan akhirnya fitnah dibuat? Mula-mula seseorang post video yang tak diketahui kisah sebenar, minta ahli group buat pengesahan apa sebenarnya berlaku. Kemudian ahli group sesama komen dengan pelbagai andaian. Tetiba ada seseorang yang memang tak suka dengan pemberian vaksin KKM sekarang ni membuat tohmahan dengan yakin bahawa kejadian itu selepas beri […]

Penjelasan Jururawat yang Cucuk Vaksin COVID-19 Anak KJ

Berikut adalah penjelasan Nurse yang terlibat memberi vaksin kepada anak YBMK. Nasihat saya pada orang ramai agar jangan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan hasutan pihak bertanggungjawab. Perangai mereka tetap sama dari dulu hingga sekarang. Semasa awal program vaksin COVID-19 kebangsaan, mereka cabar menteri dan doktor-doktor KKM dulu yang cucuk. Dengan harapan selepas cucuk, mati. Namun […]

Inilah Perangai Antivaksin?

Kenapa mereka suka cakap kasar, perli doktor dan perbodohkan orang lain? Hilang terus akhlak dan adab. Sestengah mereka mengaku pejuang Imam Mahdi yang akan muncul di Akhir zaman, tetapi tengok kepada percakapan dan perangai, tak layak dalam syariat agama. Semakin tenat dah netizen yang seangkatan dengan mereka, komen-komen di media-media sosial amat menjelikkan. Jarang saya […]

Kanak-kanak Mati 52 kali ganda akibat vaksin?

Kalau tak tahu jangan sebar. Ini tidak, bukan setakat sebar tetapi kutuk KKM dan doktor kerana terus beri vaksin COVID-19. Masalahnya artikel yang disebarkan itu tak betul. Maklumat telah diambil luar konteks dan di olah sedemikian rupa supaya pembaca makin takut dengan vaksin. Tujuan penulisan pun dah diketahui. Malah website yang siarkan artikel itu pun […]

Vaksin COVID-19 Tiada HIV

Makin mengarut rekaan orang yang menolak vaksin sehingga sanggup menggunakan nama Prof. Luc Montagnier semata-mata ingin menipu masyarakat supaya percaya kepada fahaman salah mereka. Untuk makluman prof Luc Montagnier ini baru saja meninggal dunia pada 8 Februari yang lalu. Melalui lalui carian rasmi tidak ada apa pun kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau mengenai dos […]

Kenapa Perlu Dos Penggalak Vaksin COVID-19?

Covid-19 adalah sesuatu yang tak nampak. Kita pun tidak tahu nasib kita bagaimana. Apa yang penting bagi kita adalah ikhtiar. Dari banyak kajian yang dilakukan seluruh dunia memang terbukti dos penggalak amat diperlukan buat masa ini. Antibodi badan semakin berkurang secara perlahan-lahan. Kajian mendapati 3 bulan sudah mula menurun. Bukan sahaja individu yang diberi vaksin, […]

Surat Jaminan Vaksin COVID-19

Surat Jaminan Vaksin COVID-19 Ada pihak mempertikaikan kenapa diborang persetujuan penerimaan vaksin itu diletakkan bahawa: “1. Pengambilan vaksin COVID-19 ini mungkin akan menimbulkan reaksi serta kesan sampingan seperti yang dinyatakan di dalam Maklumat Vaksin COVID-19 Bagi Penerima Vaksin.” “2. saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku akibat keputusan / tindakan saya ini kerana manfaat […]

Minum Air Garam Ubat Covid-19?

Negara-negara berkenaan membenarkan masuk dalam negara mereka atas polisi VTL (Vaccine Travel Lane). Ianya sama dengan konsep Green Bubble antara Malaysia dan Singapura sebelum ini. Mereka bukan batalkan ujian saringan COVID-19 atau kuarantin, tetapi meletakkan syarat pengembara luar itu terlebih dahulu lengkap vaksin dan jalani ujian Covid-19 sebelum berlepas. Manakala Turki hanya tidak mensyaratkan ujian […]

Yb Khairy Jamaluddin Tipu Sijil Vaksin?

Sijil Vaksin Yb Khairy Jamaluddin bukannya sijil beli ataupun tipu. Sijil digital yang dipaparkan di dalam media sosial itu adalah sijil yang benar cuma terdapat sedikit masalah teknikal apabila memaparkan tarikh untuk dos penggalak. Laman web MySejahtera tidak dikemaskini dengan betul menyebabkan timbul keraguan tarikh pengambilan vaksin. Ianya bukan sahaja Yb yang mengalami masalah itu, […]

Adakah individu Tidak Vaksin Pembawa Virus?

Adakah individu Tidak Vaksin Pembawa Virus? Antara slogan yang mereka perjuangkan adalah hak asasi. Kerajaan tidak sepatutnya menyekat kebebasan rakyat terutama mereka yang tidak mahu vaksin. Jika nak tuntut hak kebebasan, patutnya orang yang 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 dapat vaksin, 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁. 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗵 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 berkumpul bersama mereka dalam kelas, […]

Siapa Dajjal?

Kenapa antivaksin asyik tuduh KKM dan ulama yang sokong vaksin itu agen dajjal? Begitu mudah betul melabel orang lain jadi kafir dek kerana tak suka dengan vaksin. Ingatlah, tuduhan fitnah akan terbalik kepada diri sendiri di zaman yang penuh dengan fitnah ini. Saya percaya dajjal akan wujud kerana hadis menyebut hal itu. Tak percaya akan […]

Telegram AEFI CASES Membawa Fitnah

Sudah lama saya perhati trend berita yang dibawa. Saya fikir inilah punca kenapa masyarakat jadi semakin keliru, kerana senarai kesan sampingan (AEFI) dan kematian yang mereka buat itu banyak data yang tak betul. Metodologi pengumpulan data pun dah diragui dan bercampur baur dengan emosi. Maka timbullah kutuk mengutuk, mengumpat arwah yang sudah pergi dan banyak […]

Vaksin AstraZeneca ada Babi?

Hanya MUI sahaja nampak pelik dan terlalu rigid dalam isu ini. Sedangkan ulama lain seluruh dunia tiada masalah pun. Dalam masa yang sama mereka juga membuat kenyataan tegas yang mengharuskan penggunaan vaksin atas dasar darurat. Di hujung kenyataan itu mereka akhirnya menerima pengambilan vaksin AstraZeneca dan lain-lain bukannya menolak sepenuhnya. Inilah fiqh muazanat yang perlu […]

Darah Bekam Selepas Vaksin

𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗸𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗩𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 Warana darah yang keluar selepas vaksin TIDAK dipengaruhi oleh JENIS vaksin. Akan tetapi ia bergantung kepada individu berkenaan itu sendiri, samada vaksin atau tidak vaksin. Darah yang keluar dari kulit kita akan membeku mengikut masa yang tertentu. Samada warna cerah atau pekat kehitaman, berbeza-beza. Namun kebanyakan manusia adalah sama. Contohnya orang […]

Vaksin COVID-19 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 Graphene Oxide

Isu mengenai Graphene Oxide yang kononnya terdapat dalam vaksin COVID-19 terutamanya vaksin Pfizer-BioNTech telah pun diviralkan sejak daripada Jun 2021 lagi. Sudah ramai pakar luar negara memberikan penerangan bahawa berita itu tidak benar. Vaksin COVID-19 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 mengandungi Graphene Oxide. Itu jelas! Dalam negara kita mula heboh sejak akhir-akhir ini oleh sekumpulan pihak, yang kita ketahui […]