Punca Pesakit Kencing Manis Mandul

Terima kasih atas soalan ini. Satu soalan yang kerap ditanya oleh pesakit. Ubat kencing manis bukanlah punca mandul. Tetapi sebaliknya kencing manis adalah salah satu punca tidak subur samada wanita atau lelaki. Apa yang pasti penyakit kencing manis itu sendiri boleh menyebabkan ‘erectile dysfunction’ atau mati pucuk. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyerang […]

Wajibkah Susu Ibu Selama 2 Tahun?

Tidak perlu bersangatan memarahi ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan anak mereka sehingga genap 2 tahun. Kita pun menyarankan pemberian susu ibu itu boleh diteruskan sehingga 2 tahun. Namun makanan pelengkap haruslah diberikan seawal bayi berumur 6 bulan bagi memberikan jizi lengkap makanan sesuai dengan berat badan dan usia bayi yang semakin bertambah. Menjadi […]

Tuala Wanita Beracun

Saya membaca mesej viral mengenai tuala wanita yang kononnya beracun dan penyebab kanser wanita. Hairan saya kerana ada pula yang sanggup menyalahkan tuala wanita itu sebagai punca kanser dek kerana salah satu bahan yang terdapat dalam span tuala wanita bernama dioxin. Setakat ini punca yang terbukti penyebab kanser pangkal rahim wanita adalah kuman Human Papiloma […]

Adakah Selamat menggunakan Khidmat Doula di Malaysia?

Tugasan membantu kelahiran oleh bidan-badan kampung amat popular satu ketika dahulu. Mereka amat ramah dan berpengalaman bukan sahaja semasa sambut kelahiran tetapi urut mengurut pun dibuat dengan penuh seni. Kesesuaian dan peralihan zaman, hasil dari perkembangan bidang perubatan dan teknologi, jawatan perbidanan kampung semakin pupus. Jururawat yang bekerja seluruh negara sudah boleh mengambilan tugasan itu […]

Lahir Selamat

Kehidupan doktor banyak yang manis. Saat paling manis apabila kita dapat selesaikan suasana cemas pesakit. Klinik kami memang sediakan khidmat ABC (Alternative Birthing Center). Ianya dikhususkan kepada kes-kes yang berkod putih. Ibu hamil kali ke 2 hingga 5, tiada penyakit lain, kedudukan bayi tidak songsang/senggeng/melintang dan beberapa kriteria lain lagi. Kod ini sesuai untuk lahir […]

Doula: Peneman atau Doktor?

Doula bermaksud peneman kepada ibu hamil samada dalam tempoh mengandung, saat getir bersalin dan semasa berpantang. Boleh dikatakan ianya seolah-olah gundik suruhan si ibu untuk membantu, meringan bebanan dan mententeramkan keadaan. Atas slogan wanita memahami wanita, kehadiran doula amat membantu berbanding dengan suami. Bidan-bidan kampung pada satu ketika dahulu telah memainkan peranan ini. Mereka sudah […]

2 Fakta Silap Mengenai Asid Folik Penyebab Autism

Asid Folik adalah salah satu vitamin yang diberi kepada ibu hamil selain dari zat besi dan vitamin C. Pemberian asid folik kepada ibu-ibu hamil selama ini adalah disahkan selamat dan disyorkan oleh pakar-pakar obstetrik & ginekologi seluruh dunia. Ianya telah terbukti bersandarkan kepada beribu-ribu kajian yang berwibawa. Asid Folik yang diberikan kepada ibu hamil adalah […]

Rahsia Kedudukan Jerawat 

​*#Rahsia_Kedudukan_Jerawat* Saya nak jawab satu sebaran maya berkenaan rahsia kedudukan jerawat. Menurut sebaran tular tersebut, jerawat akan tumbuh dibahagian tertentu muka kerana berkait dengan penyakit badan. ~ Jerawat di dahi kerana peredaran darah bermasalah, stres dan selalu panas baran. ~ Jerawat di batang hidung kerana tulang belakang bermasalah. Manakala di hujung hidung kerana sistem penghadaman […]

Hamil Anak Bunian 

Sekitar sepuluh tahun lalu saya pernah diceritakan oleh staf kesihatan tempat saya bekerja mendakwa salah seorang pesakitnya hamil anak bunian. Cerita yang lebih kurang sama dalam salah satu laman media maya. Ringkasan cerita sebegini: Pesakit disahkan mengandung oleh klinik kesihatan dan telah berulang untuk check up beberapa kali. Semuanya ok. Pada satu hari si ibu […]

Pad & Bra Wanita Punca Kanser

Kononnya terdapat satu sebaran maya mengenai isu kanser vagina dan payudara yang telah dikeluarkan oleh Tata Cancer Hospital.  Mesej bahasa inggeris seperti berikut:  Please let your wife know about this,,This is a serious caution from medical practioners [LUTH] to all female beings be it infant, baby girl, ladies, mothers; cancer of the vagina is all […]

Punca Kanser Rahim dari Perut? 

Isu Penyakit Kanser setakat ini mencapai carta teratas dibincangkan oleh orang ramai. Ini kerana kejadian dan kematian akibat kanser berada di sepuluh tangga teratas kejadiannya seluruh dunia. Apa sahaja nasihat, petua kesihatan atau seumpamanya yang berkait dengan kanser akan terus dikongsi oleh orang ramai tanpa mempastikan maklumat itu sahih atau palsu. Lihat contoh mesej berikut: […]

Hamil 4 Tahun dari Perspektif Sains

Berita Sinar Harian hari ni memaparkan seorang wanita Cina hamil 17 bulan.[1] Saya kira sesuatu yang mengejutkan dunia perubatan semasa dan perlu dibuat ‘case report’ agar ia menjadi satu catatan sejarah. Akan tetapi, diteliti dari sumber pemberitaan, sumbernya hanya dari wanita berkenaan, bukan dari pihak berwajib yang merawat beliau. Berat sebelah dan agak sangsi dengan dakwaan […]