Thursday, May 2, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Perangai Antivaksin Sebagai Tentera Imam Mahdi?

Jawapan simple aje; saya tulis mengenai isu Pfizer yang didenda kerana menyebarkan maklumat awal sebelum vaksin COVID-19 diluluskan. Simple saja untuk faham. Tak perlu berfikiran jauh pun. Tetapi anti vaksin tetap tidak mahu berganjak dan merekayasa cerita-cerita yang bukan-bukan.

Komen mereka melalut sehingga berlanggar garis kemanusiaan itu sendiri.

Saya berjidal dengan anti vaksin ini sudah lama, 2000 lagi sampailah sekarang. Perangai mereka sama sahaja. Apabila diberikan jawapan dan dalil yang lebih sahih mereka akan cuba mengalih tiang gol dengan menceduk artikel entah dari mana. Mereka cuba menunjukkan bahawa mereka sendiri celaru dan keliru dengan bahan bacaan yang mereka baca itu. Sama seperti contoh isu Pfizer mohon maaf itu. Apabila saya menjawab apa maksud sebenar yang terdapat di dalam artikel berkenaan, mereka akan cuba mengalih kepada isu lain-lain pula. Begitulah kitaran sejak dari dulu.

Apabila mereka sudah habis modal untuk dijadikan bahan hujah, akhir sekali mereka akan tuduh doktor itu penjilat yahoodi dan agen dajjal! Itulah nilai akhlak mereka. Seolah-olah merekalah yang terpaling suci, mereka adalah tentera Imam Mahdi dan kebanyakan orang ramai semuanya telah dipengaruhi oleh Dajjal.

Apa yang perlu saya lakukan? Tak perlu melayan semua komen-komen yang sudah di luar batas keimanan seseorang.

Nauzubillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles