Sakit Jantung Komplikasi COVID-19

Kita boleh perhatikan sendiri melalui statistik terakhir walaupun kes mencecah lebih pada 30,000, tetapi kes teruk COVID-19 kategori 3 -5 yang perlu rawatan hospital serta intensif di ICU adalah sedikit sahaja. Peratus yang teruk dalam 2.9% sahaja dan kematian kurang dari 0.1%. Ini adalah keberkesanan program vaksinasi yang telah berjalan setahun berlalu. Walau bagaimana pun […]

Vaksin COVID-19 mRNA bertukar menjadi DNA?

Sabar, perbincangan isu ini adalah dalam bentuk akademik dan teori. Ianya perlu diterjemahkan dalam realiti. Jika kajian pra-linikal (seperti yang tunjukkan oleh kajian Sweden itu) membuktikan RNA bertukar kepada DNA, maka kajian perlu dilakukan secara klinikal pula (atas manusia). Maksudnya perlu dibawa bukti terhadap masyarakat ramai yang telah pun ambil vaksin jenis mRNA itu. Sehingga […]

Berita Palsu Kesan Vaksin

Bagaimana berita palsu tersebar dan akhirnya fitnah dibuat? Mula-mula seseorang post video yang tak diketahui kisah sebenar, minta ahli group buat pengesahan apa sebenarnya berlaku. Kemudian ahli group sesama komen dengan pelbagai andaian. Tetiba ada seseorang yang memang tak suka dengan pemberian vaksin KKM sekarang ni membuat tohmahan dengan yakin bahawa kejadian itu selepas beri […]

Pampasan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19

Kerajaan dah umum lama dah. Jika benar kesan serius atau mati akibat vaksin COVID-19, kerajaan akan bayar pampasan. Pada 22 March lalu kerajaan dah umum. https://www.sinarharian.com.my/article/129645/KHAS/Covid-19/RM500000-jika-hilang-upaya-mati-akibat-vaksin-Covid-19 Julai, kenyataan rasmi YBMK menyatakan buat masa ini tiada lagi tuntutan pampasan diterima oleh kerajaan. Kerana apa? Tidak ada kes serius atau kematian berlaku. https://www.utusan.com.my/berita/2021/07/tiada-lagi-kes-melibatkan-pampasan-covid-19/ Ada pula yang keliru, […]

MRNA Vaksin COVID-19 Akan beri Kesan Buruk

Masih lagi diviralkan video Prof Mustafa pada awal januari lalu yang mempertikaikan kerajaan ingin menjalankan program imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Pada masa tersebut, vaksin belum pun lagi sampai dalam negara. Malah suntikan pertama yang telah dilakukan oleh YAB PM bermula 24 Febuari 2021. Saya hormati pandangan daripada Prof Mustafa Ali berkaitan dengan kebimbangan beliau mengenai jangka […]

Adakah Doktor Tidak Didakwa?

Jika berlaku kematian ibu hamil atau kematian sewaktu bersalin atau kematian selepas bersalin, 2 golongan akan terlibat. Semua akan berdebar perut seolah-olah akan dihadap ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman. Golongan 1 adalah doktor yang terlibat. Apa sahaja pengurusan pesakit yang melibatkan diri mereka akan dipersoalkan dalam satu meeting khas kematian. Sebermula dari itu, doktor akan […]

4 Kesalahan Jurujual Produk Kesihatan

Seorang jurujual memarahi saya, “kalau produk tak berguna…kenapa KKM luluskan?” “Cik adik, KKM luluskan tu sebagai suplemen, bukannya ubat yang dakwa boleh rawat penyakit!” 4 KESALAHAN JURUJUAL . 1️⃣ Apabila bahan jualan mereka sudah dapat nombor notifikasi kelulusan KKM terus mendakwa produk mereka disarankan oleh KKM untuk merawat penyakit itu dan ini. ❗️Tidak dinafikan bahawa […]

KES DISYAKI TIDAK SEMESTINYA POSITIF

Ramai yang keliru dengan dua istilah dalam isu #COVID-19 ini: 1. Kes disyaki. 2. Kes yang disahkan positif. . Anggapan masyarakat, apabila demam, batuk, selsema atau sesak nafas sahaja sudah dikira positif COVID-19, sedangkan kes baharu sahaja disyaki. Ujian lanjut wajib dijalankan untuk mempastikan sah positif COVID-19 atau sebaliknya. Selagi belum disahkan positif melalui ujian […]

Amalan Perubatan Yang Baik bagi Doktor

Terdapat satu garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia. Garis panduan ini menyentuh mengenai Amalan Perubatan Yang Baik (Good Medical Practice), dikeluarkan pada tahun 2001. . Terdapat Lima ciri asas amalan Perubatan yang baik ialah; 1. Integriti Profesional, 2. Kemahiran Berkomuníkasi, 3. Tingkah Laku Beretika, 4. Merawat Pesakit dengan Hormat dan 5. Menjadi […]

6 Soal Jawab bersama WHO

6 SOAL JAWAB MENGENAI 2019-nCoV [Soal jawab bersama WHO] . . S1: Adakah antibiotik berkesan menghalang dan merawat #coronavirus (2019-nCoV)? J1: TIDAK. Antibiotik tidak bertindak terhadap virus, ia hanya bertindak ke atas bakteria. 2019-nCoV adalah sejenis virus, jadi tidak boleh digunakan untuk menghalang dan merawat (case). . . S2: Adakah #coronavirus (2019-nC0V) mudah menjangkiti orang tua atau […]

Virus Tersebar Melalui Batuk & Bersin?!

Tahukah anda, sekali batuk jumlah titisan cairan rongga mulut dan hidung (droplet) boleh menjangkau keluar sejauh 8 meter. Halaju droplet itu 80 km/j yang menghamburkan sebanyak 3000 droplets. . Tahukah anda, sekali bersin pula boleh mencecah sehingga 6 meter. Halajunya 160 km/j dengan sekali hamburan sebanyak 100,000 droplets. . Tahukah anda, droplet itu akan kering […]

Cara Cuci Tangan Efektif

Ini adalah tips-tips cara nak hindari penyakit berjangkit wabak CoronaVirus dari Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tengkawang. Jangan lupa sentiasa jaga kebersihan diri dan keluarga tau. Share video ini biar semua dapat manfaat. Alang-alang jangan lupa like page TV Darul Iman jugak. #coronavirus #viral #kkm #terengganu #TVDarulIman #2019_nCov #Updi #Teganukita #Terengganu #Malaysia #TerengganuMajuBerkatSejahtera #TVDIProduction https://www.facebook.com/1425774284331666/posts/2510333139209103/

Kenapa Nyahjangkit (hand-sanitizers) Perlu Di Sapu?

Kita semua tahu, virus nCov baharu dikenali jenisnya akhir tahun lepas. Ianya satu keluarga dengan SARS dan MersCov yang pernah menggemparkan dunia satu masa dahulu [1]. . Oleh kerana ianya baharu dikenali, zat, sifat dan perangai nCov itupun masih lagi dalam pemerhatian, kajian dan pemantauan. . Apabila timbul isu yang mengarahkan semua barangan yang dibeli […]

Sekat Kemasukan China & barangan dari China?

Tiada keperluan buat masa ini menyekat kemasukan pelancong dari China secara total kerana Kerajaan China sendiri telah pun menutup pintu masuk ke wilayah-wilayah yang terlibat. Presiden Xi Jin Peng juga mengisytiharkan China sedang berada dalam suasana berkabung. Kerajaan China juga mengarahkan syarikat pelancongan hentikan jualan tiket keluar dari China bermula Jumaat lalu. . Paling penting […]

Produk Lulusan KKM, Tapi Doktor Marah?

Produk Lulus KKM Tapi Doktor Marah! Kenapa? . Produk yang dikategorikan sebagai lulus KKM perlu melepasi syarat-syarat yang ditentukan oleh KKM itu sendiri. Tidak boleh memandai mendakwa bagai bahawa produk mereka telah mendapat persetujuan KKM bagi merawat penyakit. 1. Setiap ubat tradisional yang berdaftar dengan KKM cuba diberikan jaminan berkualiti dan selamat mengikut profile pengeluar […]

Vaksin Boleh Memusnahkan Manusia?

Jika benar vaksin itu boleh memusnahkan manusia, sudah tentu program imunisasi diberhentikan. . Kita boleh lihat sendiri bahawa Program imunisasi kebangsaan yang telah diletakkan secara rasmi dalam negara kita sejak sebelum merdeka lagi (1956) dengan pemberian vaksin DT. . Sebelum dari itu pemberian vaksin Cacar diberikan di zaman kolonial British sejak 1895. Ketika itu hanya […]

Geng Antivaksin Hipokrit

Hipokrit sungguh geng antivaksin. Dulu, hujah mati-matian tolak vaksin atas pelbagai alasan. Vaksin ada kinzir la, AEFI vaksin serius la, vaksin ada logam merkuri la dan banyak lagi. Semua penulisan gavaks itu menolak total vaksin. Hatta termasuk vitamin K yang boleh mencegah perdarahan otak pun mereka phobia. . Kita sudah pun perjelaskan satu persatu semua […]

Baby Potter Anak Syurga

Kes bayi cacat seperti kepala kecik, tempurung kemek, kaki & tangan terpeleok seperti ni (gambar) amat jarang kita temui. Setahun nak jumpa satu kes pun susah. Tetapi sekali kes kami temui, akan dibincang dalam mesyuarat kematian bayi. . Walaupun kita tahu bahawa kes bernama Potter Syndrome ini akhirnya tidak dapat diselamatkan, tetapi beberapa langkah standard […]

Akibat Cucuk Steroid Pada Bayi

OTOT KECUT SEBAB CUCUK . Bukan nak menakut-nakutkan ibu ayah ni. Gambar berikut nak kaboroyak bahawa risiko boleh berlaku otot kecut di tempat kena cucuk oleh steroid. Banyak kes budak yang saya jumpa pinggul dia lekuk kecut. Apabila ditanya, mereka kurang pasti kenapa berlaku. Korek punya korek cerita lama, baru mak dia beritahu bahawa pernah […]

Sembuh Tanpa Ubat

Sudah acap kali kawan-kawan minta saya beri ulasan tentang poster program SEMBUH KENCING MANIS / KANSER TANPA UBAT. Tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, saya suka berikan nasihat agar menjauhkan diri dari terjebak dalam program tersebut. Apa yang saya perhatikan bahawa, melalui iklan itu seolah-olah pihak berkenaan menghina reputasi profesion perubatan. Secara tersirat, mereka menuduh rawatan […]