Wednesday, May 1, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Berita Pfizer Minta Maaf: Ini Jawapan Sebenarnya

*Berita Pfizer Minta Maaf: Antara Kealpaan dan Komitmen Terhadap Kesihatan Global*

Tersebar bahawa syarikat Pfizer memohon maaf kerana mempromosikan berita berkaitan dengan vaksin yang belum dilesenkan.

Kisahnya CEO Pfizer dan beberapa kakitangan syarikat pembuat vaksin terbesar COVID-19 itu terlebih awal menyebarkan berita melalui media sosial bahawa vaksin yang dicipta oleh Pfizer berkesan 95% pada awal November 2020. Sedangkan FDA belum lagi meluluskan penggunaan vaksin tersebut. Vaksin Comirnaty itu kemudiannya diluluskan untuk kegunaan kecemasan oleh FDA pada 11 Disember 2020. Manakala kelulusan untuk kegunaan kanak-kanak pada 10 Mei 2021.

Mengikut Akta penyebaran maklumat dan Akta syarikat itu sendiri, apa-apa yang berkaitan dengan mempromosi ataupun membuat kenyataan berkaitan sesuatu ubatan perlulah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa ubat terlebih dahulu. Kesilapan yang berlaku di sini adalah beberapa individu di dalam syarikat tersebut termasuk Albert Bourla dan Berkeley Philips terlebih awal membuat promosi vaksin itu melalui media sosial mereka.

Perkara ini telah dibicarakan oleh Prescription Medicine Code of Practice Authority (PMCPA) bahawa mereka telah pun melanggar etika penyebaran maklumat di media sosial. Beza dengan kelulusan sebenar FDA hanya beberapa hari sahaja. Mungkin mereka terlalu bersemangat (eager) nak maklumkan kepada masyarakat bahawa sudah berjaya mencari solusi vaksin yang ditunggu-tunggu seluruh dunia pada ketika itu.

Itu sahaja isunya. Ia tidak pun berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin yang telah pun diberikan kepada seluruh penduduk dunia sehingga kita dapat keluar daripada pandemik dari COVID-19.

Bayaran denda yang dikenakan ke atas pun ciput sahaja iaitu £34,800 berbanding dengan jualan yang mendapat keuntungan berjuta ringgit.

Suhazeli Abdullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles