Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Jangan Percaya Dr. Sucharit Bhakdi: Begini Cara Kerja Vaksin COVID-19 yang Tidak Mengubah Genetik Kita

Apabila kumpulan anti vaksin menyebarkan video temuramah Dr Sucharit Bhakdi baru-baru ini, terus saya teringat dengan pelbagai lagi video beliau sejak daripada permulaan pandemik COVID-19.
Beliau adalah antara individu yang vokal dan dijadikan rujukan oleh kumpulan antivaksin di dalam isu COVID-19 dan juga menentang  vaksin Covid-19. Pelbagai tuduhan dilemparkan, antara yang terbaharu adalah menyatakan bahawa vaksin Covid-19 itu akan menyebabkan DNA kita akan berubah dan akhir sekali membawa bahaya termasuk terjadi kanser!
Fakta yang Dr. Sucharit Bhakdi sebutkan itu tidak benar. Beliau adalah seorang mikrobiologi yang pencen yang telah menyebarkan informasi salah tentang pandemik COVID-19, termasuk mendakwa bahawa pandemik Covid-19 adalah tidak wujud dan bahawa vaksin COVID-19 akan mengurangi populasi dunia. Inilah Mentera yang selalu dibawa oleh kumpulan mereka.
Vaksin COVID-19 tidak mengubah genetik kita atau membuat kita “Genetically Transformed Forever”. Vaksin mRNA, seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna, bekerja dengan memberikan arahan kepada sel-sel kita untuk membuat protein spike yang mirip dengan virus corona. Protein spike ini mengaruh sistem imun kita untuk menghasilkan antibodi yang dapat melindungi kita dari jangkitan COVID-19 atau mengurangkan gejala yang teruk. Vaksin mRNA tidak masuk ke inti sel kita, tempat DNA kita disimpan, dan tidak dapat mengubah atau merosak DNA kita.
Vaksin lain, seperti Janssen (Johnson & Johnson), bekerja dengan menggunakan virus yang dilemahkan untuk merangsang sistem kekebalan kita untuk menghasilkan antibodi yang dapat melindungi kita dari infeksi COVID-19. Virus yang dilemahkan ini tidak dapat menyebabkan penyakit dan tidak dapat mengintegrasikan DNA-nya ke dalam DNA kita.
Sekali lagi nasihat ikhlas dari saya supaya jangan mempercayai individu yang menyebarkan fakta salah. kenyataan mereka itu diputar-putarkan oleh anti vaksin dalam negara kita. Dalam negara kita juga ada beberapa individu yang mempunyai pemikiran yang sama. Mereka adalah tergolong dalam pemikiran yang nadir, yang tak patut diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.
Sumber:
(1) Fact check: COVID-19 vaccines don’t cause death, won’t depopulate planet. https://www.usatoday.com/story/news/factcheck/2021/04/30/fact-check-covid-19-vaccines-dont-cause-death-wont-depopulate-planet/7411271002/.
(2) Debunked: Yes, coronavirus antibodies protect against ‘infection of the …. https://www.thejournal.ie/claims-about-vaccines-working-with-respiratory-illness-5468645-Jun2021/.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles