Ketum Boleh Merawat COVID-19?

Ketum pula dah didakwa boleh merawat COVID-19? Isu ni sejak daripada bulan Mac tahun lepas (2020) lagi dan telah pun dijawab bahawa ketum tidak sesekali boleh merawat COVID-19. Bahkan tidak ada pun bahan dalam ketum itu boleh mencegah atau membunuh virus COVID-19. Yang jadi viral juga tu hanya troll dari geng-geng Mat ketum yang sengaja […]

Adakah Ubat Herba China Merawat COVID-19?

Adakah KKM menggunakan Herba dari China untuk rawat COVID-19? – Jawabnya belum pasti. . Apakah pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai penggunaan herba di China bagi merawat pesakit COVID-19? – Jawabnya, herba bukan rawatan utama. Ianya tambahan. Lihat kenyataan Datuk DG minggu lepas. . Apakah terus kita boleh pergi kedai herba China dan beli seterusnya […]

Herba dan Buah Pinggang

“Produk semulajadi atau makanan je Doktor. Takkan boleh rosak buah pinggang.” Adakah makanan atau tumbuhan semulajadi tidak beri kesan negatif kepada manusia? Tidak! Setiap bahan yang masuk dalam badan kita sudah pasti terdapat tindakbalas tertentu, samada manfaat atau mudarat. Jangan terus dakwa kalau ianya makanan alami, selamat untuk dimakan. Lebih-lebih lagi suplemen itu didakwa merawat […]

Mulberi dan Peria Katak Untuk Kencing Manis?

“Bukan ke ada kajian yang sebut daun Mulberi ini boleh sembuhkan kencing manis? Kenapa doktor hospital tidak gunakan bahan hasil mahsul dari negara sendiri, asyik guna ubatan kimia dari barat?” Saya kira inilah konsep yang orang awam kurang faham. Kenapa doktor tidak terus menggunakan sesuatu bahan yang dikatakan telah berjaya dibuat ujikaji makmal atau haiwan. […]

Ubat untuk Semua Penyakit

Menarik kupasan yang dibuat oleh Ustaz Abdullah Bukhari dalam kuliah beliau. Antara petikan yang menarik adalah: Kalau ada orang jual ubat yg boleh ubati semua penyakit & seluruh planet bumi, itu petanda dia sedang MENIPU” -Ustaz Abdullah Bukhari Penyakit fizikal yang dialami tidak sembuh dengan keajaiban: Buah pinggang macam tangan. Bila rosak/putus tak boleh tumbuh […]

Kerajaan Digesa Tegas Mengharamkan Ganja

Kita bimbang dengan gerakan yang cuba dibuat oleh ahli politik sekarang ini yang cuba menghalalkan penggunaan ganja dalam perubatan.[1] Walaupun atas alasan manfaat perubatan, tetapi ianya masih lagi menjadi satu kesangsian kita kerana akan berlaku penyalahgunaan ganja pada kemudian hari.[2] Maklumat yang kita perolehi, kumpulan yang bersungguh-sungguh sangat menghalalkan ganja itu dipelopori oleh pemain-pemain industri […]

Perubatan dari Al Quran

Saat sedih sebagai doktor muslim adalah ketika pesakit menolak rawatan perubatan moden kerana percaya bahawa al Quran/pemakanan sunnah dan Perubatan alternatif boleh menyembuhkan penyakit yang mereka alami. Biasanya pesakit jenis ini mengalami penyakit yang tidak nampak jelas secara zahir seperti kencing manis, darah tinggi, kanser dan beberapa penyakit kronik yang lain. Sebagai doktor muslim, kita […]

Dakwa Herba Sebagai Ubat

Masih ada lagi masyarakat yang keliru berkenaan bahan makanan atau herba yang dijual di pasar malam atau jualan langsung itu boleh gantikan ubat atau tidak. Promosi yang disebarkan itu cukup mengujakan sehingga segelintir jurujual sanggup menipu demi dapatkan keuntungan. Sedangkan produk yang mereka pamirkan itu bukan kategori ubat pun. Mungkin ianya termasuk dalam kategori pemakanan […]

Ketum Lebih Banyak Mudarat Kesihatan

Para penggemar ketum melompat gembira apabila terdapat satu laporan akhbar dalam talian yang melaporkan ketum mempunyai khasiat perubatan. Kononnya juga laporan tersebut memetik hasil kajian dari seorang pensyarah di sebuah uiniversiti tempatan Malaysia. Saya membaca dengan teliti setiap ulasan yang ditulis oleh wartawan itu. Sayugia saya merumuskan bahawa ketum masih lagi berbahaya untuk kegunaan awam. […]

Ganja sebagai Ubat?

Ketegasan KKM dalam menentukan penggunaan ganja sebagai ubat adalah penting bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar. Kita tidak perlu terikut dengan negara jiran seperti Thailand. Kebenaran menggunakan ganja perubatan itu adalah saingan industri. Sekali lagi ditegaskan, jika ganja mempunyai dakwaan boleh merawat, sila bawa bukti kepada KKM untuk diluluskan. Syarikat yang nak bawa masuk ganja […]

Bermanfaat ke Cuci Usus?

Beria-ia sungguh iklan program tajaan ikim.fm berkaitan produk kesihatan cuci usus. Seolah-olah segala penyakit akan sembuh dengan menggunakan produk mereka sahaja. Sehingga kini pelbagai produk baru yang tumbuh bagai cendawan, menjanjikan manfaat kesihatan seperti membuang toksin badan, membakar lemak, membersihkan kerak usus, mengurangkan letih lesu, menyembuhkan kanser perut dan sebagainya. Adakah ianya perlu? Cuci usus […]

Ubat Ajaib Rawat Segala Penyakit

Akhir-akhir ini semakin banyak produk kesihatan dijual melalui media sosial. Dakwaan jurujual ubat/produk tersebut memang ajaib. Satu jenis ubat sahaja boleh mengubati sekelip mata berpuluh penyakit. Testimoni demi testimoni dipaparkan agar jualan semakin laris. Kekadang testimoni itu adalah gimik dari para dealer mereka untuk lariskan jualan. Teknik ni semua orang tahu. Sebenarnya ramai tertipu dengan […]

Wujud ke Detox?

Masyarakat sering keliru dengan perkataan nyah-toksin atau bahasa inggeris adalah detox. Pemahaman yang kita perolehi dari pihak-pihak tertentu bahawa badan kita banyak toksin yang perlu dikeluarkan atau dibebaskan. Katanya toksin-toksin ini merbahaya. Ianya terbentuk hasil dari makanan kita yang banyak bahan kimia, udara kotor persekitaran yang kita sedut atau suntikan ubat hospital yang kita terima […]

Marijuana: Polemik Medical vs Kumpulan Ketagih?

POLEMIK MARIJUANA MEDIKAL; APABILA DESAKAN UMUM MELAMPAUI PENEMUAN SAINTIFIK Oleh: Fahmi Hassan Sains bukan demokrasi. Fakta tidak tertegak kerana ia popular. Fakta sains, seperti mana fakta-fakta yang lain perlu dibuktikan dengan kajian di atas landasan yang betul. Walau ia tidak popular, ia perlu dipertahankan atas alasan kebenaran. Desakan beberapa tokoh politik untuk menghalalkan penggunaan marijuana […]

Orang Ramai diminta Jangan Keliru

Saya pohon jurujual produk pemakanan tambahan yang buat kempen melalui maya buatlah sikit kerja rumah (homework) sebelum post maklumat produk. Atau mungkin ‘Penasihat Perubatan’ semak dahulu maklumat yang ditulis oleh para agen supaya fakta yang diberikan itu benar dan tepat. Jika tidak, maklumat yang diberikan itu boleh menjadi kekeliruan kepada masyarakat. Bagi pembaca yang mempunyai […]

Bawang Putih Lanang atau Tunggal

Bawang Tunggal Ubat? Allicin ni boleh di dapati dalam semua bawang putih. Bukan yg tunggal sahaja. Dan tiada kajian konkrit allicin di gunakan utk merawat penyakit darah tinggi jantung dll. Jurnal Canadian Physician melaporkan allicin boleh digunakan dalam merawat demam selsema (Nahas et al, 2011). Namun kajian sistematik review dari Cochrane (2014) mendapati tiada bukti […]

Ketum Masih Bahaya

Ketum adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh subur di Malaysia. Ianya sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Amerika menamakan ketum ini sebagai Kratum. Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi […]

Doktor Guna Fakta vs Jurujual Guna Auta

Saya sebolehnya mahu para pembaca memahami corak penulisan saya dalam menyampaikan maklumat kesihatan. Nasihat atau teguran yang diberikan itu bersandarkan fakta-fakta ataupun sekelumit pengalaman diri setelah lebih 20 tahun berkhidmat sebagai doktor. . Saban hari kita berdepan dengan kepelbagaian isu pesakit, boleh mematangkan kita dalam halatuju bertindak. Walaupun mungkin penyakit mereka sama (contohnya kencing manis), […]

Ujikaji Tipu-sains

Seronok tengok demonstrasi sains produk untuk memerangkap pelanggan. Tapi kesian juga lihat pembeli yang terpengaruh, lantas membeli dengan jumlah agak besar. Alasannya dengan belian pukal dan harga ahli, banyak bonus nanti. Lihat katalog atas meja, jurujual bersama kereta idaman dan melancong sana sini. . Pelanggan yang mudah terkena selalunya pesakit kronik seperti Kencing manis, darah […]

Ubat Herba dan Rawatan Kanser

Kesengsaraan dan kesakitan pesakit kanser akibat kanser itu sendiri atau kesan sampingan rawatan boleh mendesak mereka untuk mengambil apa sahaja bahan untuk mengurangkan kepedihan hidup. Walaupun rawatan susulan secara paliatif (rawatan untuk kurangkan sakit fizikal dan mental) ditawarkan kepada mangsa kanser, namun mereka tidak mengikuti program sepenuhnya. Ramai juga antara mereka yang cuba mencari jalan […]