Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Hudud di Lailatul Qadr

hudud pada malam lailatul qadr

Ada Hudud Di Malam Lailatul Qadr 
1) Hukum jenayah Hudud dibezakan daripada hukum jenayah yang lain kerana sebutannya secara jelas di dalam al Quran. Ia tiada campur tangan akal manusia bagi menentukannya demi kemaslahatan dan kebaikan manusia. Ia hukuman langsung daripda Allah.
Oleh kerana agama itu adalah demi kemaslahatan manusia, maka sebutan hudud yang jelas di dalam al Quran memberi makna bahawa hukum hudud itu penuh dengan kebaikan dan kemaslahatan untuk manusia di dunia dan akhirat.
Ini adalah iman orang yang beriman kepada al Quran. Kejelasan kebaikan dan kemaslahatan hukum itu mungkin dilihat melalui penjelasan al Quran sendiri, ataupun dibiarkan saja manusia menerokainya degan akal mereka agar pengkajian dan pengamatan itu menjadi satu kecantikan dalaman dan ibadah berfikir yang menyeronokkan dan menenangkan iman.
Justeru penjelasan mengenai hukum hudud akan menghasilkan suatu yang pasti iaitu keindahan hukum jenayah Islam. Tiada sebarang pernyataan al Quran terhadap sesuatu kecuali telah ditemui ketepatan, kebenaran dan kebaikannya untuk kehidupan manusia. 
Walaupun ramai yang masih gagal melihatnya, tetapi telah terbukti semakin ramai pula yang mula melihat kembali kegelojohan awal dan akhirnya, akur dengan kehebatan hukum Islam yang sentiasa memperagakan kesyumulan, kesempurnaan, kesederhanaan dan kehadirannya di zaman moden ini, bahkan di sepanjang zaman.
2) Perlu difahami bahawa segala hukum Allah di dunia adalah untuk mendidik dan mengembalikan manusia kepadaNya dengan taubat. Jika dia tetap enggan kembali dan taubat, maka hukum tersebut berguna untuk orang lain meneladani dan menginsafinya. Kesakitan di dunia bukan kesakitan di akhirat. Di dunia, kita menjadi sedar dan insaf, lalu kembali. Di akhirat nanti, hukuman dan kesakitan sudah tidak berguna lagi. Tiada lagi pintu taubat.
Hatta kejadian bala tuhan di dunia seperti tsunami dan gempa, ia masih menonjolkan kebaikan agar manusia kembali kepada Allah dan tidak lalai. Begitulah hukuman Allah ke atas sesuatu, contohnya hukum hudud yang disebut jelas oleh Allah di dalam al Quran, ia mengandungi seribu hikmat demi kemaslahatan dan kebaikan manusia di dunia dan akhirat juga.
Perhatikan sebagai contoh, dunia tahu bahawa arak dan zina adalah satu keburukan yang besar yang mengundang pelbagai masalah masyarakat dan kehidupan. Tetapi manusia barat dan dunia bukan Islam gagal menyekatnya kerana nafsu yang tak terhalang. Justeru mereka membiarkannya, bahkan berusaha menjustifikasikan kebaikannya dengan pelbagai nama, lambang dan helah. Tetapi lihatlah kerosakan yang berlaku kerana keduanya tidak dapat dibendung lagi. Manusia hilang keturunan, maruah, akal dan sering berperang dek hati menjadi keras kerana fungsi akal yang kalah kepada gejolak nafsu.
Allah mengetahui kesukaran manusia membendung penyakit ini. Dengan iman kepada keburukannya sekalipun, umat Islam akan tetap berselisih mengenai hukuman ke atasnya. Di situlah al Quran campur tangan dengan menetapkan beberapa hukum dan hukum itulah dinamakan hudud. 
Zina yang jelas dan cukup bukti sebagaimana tuntutan al Quran dihududkan. Zina yang samar pembuktiannya dihukum takzirkan, iaitu diserah kepada undang-undang negara dan hakim memutuskannya. Apabila hudud terlaksana, pesalah yang dihukum dan masyarakat yang melihatnya akan merasai hukuman Allah sedang berlaku dan saat itu, ketakutan dan hubungan dengan ugama menjadi hidup dan segar di dalam sanubari dan jiwa yang beriman. Mereka tidak berdendam dan kecewa kerana mahkamah hanya melaksanakan ketetapan tuhan yang maha adil dan penyayang.
3) Berbalik kepada dakwah dan seruan kepada hukum hudud, ia perlu difahami melalui beberapa dimensi;
Pertama, ia adalah satu kewajiban agar masyarakat Islam kembali kepada hukum Allah. Ia dinyatakan secara jelas di dalam al Quran bahawa umat Islam tiada pilihan lain ke atas sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebarang perlanggaran merupakan perlanggaran terhadap iman dan merosakkannya. 
Justeru menyeru pemerintah Islam agar melaksanakan hukuman Islam adalah kewajiban umat. Ia adalah pernyataan dan tanda iman seseorang kepada kekuasaan Allah. Pemerintah dan umat adalah berdosa jika mereka saling menyembunyikannya, malah melebihkan hukuman akal manusia ke atas hukum Allah.
Kedua, ia adalah demi kemaslahatan dan kesejahteraan negara yang ditimpa pelbagai masalah kronik disebabkan jenayah masyarakat yang tak terbendung seperti zina, curi, arak dan lain-lain. Ia bukan hanya merosakkan ugama, bahkan masyarakat hidup dalam ketakutan akibat jenayah curi, rompak, bunuh, buang bayi dan pelbagai lagi yang begitu menular. 
Telah terbukti di dalam sejarah perlaksanaan undang-undang sepanjang zaman, hukum hudud Islam dapat menyelesaikan masalah masyarakat dengan mudah, konsisten dan membina sekali. 
Justeru perlu difahami bahawa seruan kepada perlaksanaan hukum hudud adalah satu jalan terbaik ke arah pembinaan sebuah negara moden yang lebih dinamik dan harmoni untuk semua lapisan masyarakat.
Ketiga, ia adalah sejajar dan bersekali dengan kewajiban seruan kembali kepada Islam yang syumul dan sempurna. Keadilan dan kehebatan Islam hanya terserlah dengan sempurna apabila Islam dilaksanakan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan.
Islam memperagakan kehebatannya melalui sentuhan ajaibnya di dalam seluruh medan dan genre kehidupan. Ia memperkenalkan kekuatan dan  keadilannya di dalam aspek sosial, pendidikan, sains, ekonomi, politik, undang-undang, hiburan, kesihatan, bahasa, kesusasteraan, hubungan antara kaum sehinggalah hubungan diplomatik dan politik dunia yang bergerak laju. Hukuman hudud mengambil salah satu sudut pembinaan itu iaitu pembinaan masyarakat melalui pengubatan ke atas jenayah masyarakat yang mesti dihalang daripada merebak dan merosakkan kemajuan fizikal dan spiritual negara.
Justeru adalah salah sama sekali jika seruan kepada hukuman jenayah hudud Islam itu dilihat secara bersendirian tanpa seruan kepada aspek kesempurnaan Islam yang lain, seolah-olah Islam itu kesempurnaannya hanyalah pada hukum hudud semata-mata. Ia salah sebagaimana juga salahnya seruan ke arah keadilan Islam tanpa memasukkan elemen keadilan undang-undang Islam di dalam seruan tersebut.
Keempat, ia bukan seruan yang meliputi rakyat non muslim. Walaupun hukum hudud adalah untuk keadilan sejagat di dunia ini, tetapi tiada elemen paksaan ke atas rakyat bukan Islam. Sebagaimana mereka tidak dipaksa masuk Islam, solat, puasa dan sebagainya, begitulah mereka tidak boleh dipaksa dengan ketetapan hukum hudud yang bukan hanya disyarakkan untuk kebaikan di dunia, malah untuk maksud kejayaan di akhirat dan bertujuan menguji ketundukan iman setiap muslim juga. 
Justeru hukuman kesalahan jenayah berkaitan hendaklah ditentukan oleh negara dalam hukum sivil yang diterima mereka. Malah, mereka pula diberi hak untuk menerima hukum hudud tersebut atau sebaliknya dan berbeza hukuman dengan masyarakat Islam. Masyarakat Islam pula tiada pilihan selain berhukum dengan hukuman ugama mereka.
4) Berhadapan tentangan pelbagai pihak terhadap perlaksanaan hukum hudud, samada oleh kelompok ‘berpenyakit’ daripada kalangan umat Islam sendiri atau daripada majoriti non muslim yang masih keliru, beberapa kefahaman awal perlu diterapkan agar dapat memudahkan  lagi ke arah penyelesaian berjangka pendek dan panjang. 
Pertama, kekeliruan umat Islam terhadap hukum hudud adalah berpunca daripada kefahaman dan penyakit sekularisme barat yang membarah secara jelas selepas penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam. Ia bukan hanya isu umat Islam di Malaysia, bahkan ia adalah isu umat Islam sejagat yang secara terang menolak sistem dan hukum Islam di dalam pemerintahan. 
Maka penentangan umat berpenyakit ini bukanlah suatu yang pelik. Penyakit yang dibawa penjajah barat ini memerlukan rawatan penuh kesabaran dan hikmat. Tetapi ia bukanlah suatu yang baru. Bukankah Islam itu sendiri adalah ubat dan penawar? Seorang doktor sentiasa berwibawa untuk mengubati penyakit yang dipakarin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles