Kalau pergi klinik untuk pesakit kecing manis stop tu akan mengambil Satudarah namanya HbA1c, atau hemoglobin A1c. Ianya adalah ukuran pukul-rata kadar gula darah seseorang selama tiga bulan terakhir. Ini terbentuk ketika sel hemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen, bergabung dengan gula dalam darah untuk menjadi ‘glycated’. Bahasa mudahnya dia dah jadi “gula masam”.
Bagi doktor, pengukuran gula masam HbA1c ini penting bagi menentukan samada seorang pesakit itu terkawal Kencing Manisnya ataupun sebaliknya.
Untuk pesakit diabetes, ingatlah bahawa bacaan HbA1c yang melebihi nilai normal (<6.5%) dapat meningkatkan risiko komplikasi kronik. Berdasarkan kajian terkemuka seperti UK Prospective Diabetes Study (UKPDS) dan Diabetes Control and Complication Trial (DCCT), penurunan kadar HbA1c sebanyak 1% sahaja akan mengurangi risiko komplikasi mikrovaskular akibat diabetes sebanyak 16% – 43%. Contoh komplikasi selaput kata (katarak), penurunan 1% HbA1c akan mengurangi 19% risiko penyakit selaput mata (katarak), 16% risiko penurunan kegagalan jantung dan 43% risiko pemotongan kaki (amputasi) atau kematian akibat penyakit ‘peripheral vascular disease’.
Jadi, HbA1c adalah indikator penting dalam pengurusan Kencing Manis dan dapat membantu dalam mencegah atau mengendalikan komplikasi yang terkait dengan kencing manis yang tidak terkawal ini.
Adakah bermakna pesakit yang telah berjaya mengawal kencing manis mereka sehingga menurunkan nilai HbA1c kurang dari 6.5% itu dikira sebagai “reverse” diabetes melitusnya? Mungkin ya ataupun tidak, kerana istilah ini selalu disalah anggap oleh sesetengah pihak. “Reverse” dalam erti kata yang mereka selalu canangkan adalah kencing manis mereka telah pun sembuh sepenuhnya dan tidak memerlukan ubat-ubatan yang diberikan selama ini. Jika itulah istilah yang mereka gunakan bermakna tidak tepat, kerana kencing manis itu adalah sejenis penyakit kronik yang sukar untuk sembuh. Segala kaedah yang digunakan samada pantang makan, melakukan senaman atau mengawal gula dalam darah melalui ubat-ubatan adalah semata-mata untuk mengawalnya bukan untuk menyembuhkan atau”reverse”.
Bagi saya istilah yang tepat bagi pesakit kencing manis yang berjaya menurunkan bacaan HbA1c mereka ke paras yang normal dinamakan “remission”. Jika mereka istiqomah dengan terus melakukan kawalan gula melalui kaedah penjagaan makanan, melakukan senaman atau makan ubat-ubatan yang diberikan, mereka akan terus dikira sebagai terkawal – remission. Jika mereka meninggalkan semua kaedah itu bermakna mereka akan kembali kepada kencing manis tak terkawal.
Suhazeli Abdullah
27/9/2023
