MITOS MITOS BERKAITAN COVID-19

๐ŸงBerjemur di cuaca panas boleh merawat COVID-19 Terdapat beberapa tuntutan yang mengatakan virus COVID-19 mati pada suhu tinggi. Walaupun pernyataan ini mempunyai asas, ini tidak bermaksud berjemur di tengah panas boleh menyembuhkan pesakit yang dijangkiti COVID-19. Selain itu, pakar menjangkakan peranan iklim dan suhu sesuatu negara tidak memberi impak dalam penularan virus ini. Amalkan langkah […]

4 Kesalahan Jurujual Produk Kesihatan

Seorang jurujual memarahi saya, โ€œkalau produk tak berguna…kenapa KKM luluskan?โ€ โ€œCik adik, KKM luluskan tu sebagai suplemen, bukannya ubat yang dakwa boleh rawat penyakit!โ€ 4 KESALAHAN JURUJUAL . 1๏ธโƒฃ Apabila bahan jualan mereka sudah dapat nombor notifikasi kelulusan KKM terus mendakwa produk mereka disarankan oleh KKM untuk merawat penyakit itu dan ini. โ—๏ธTidak dinafikan bahawa […]

Amalan Perubatan Yang Baik bagi Doktor

Terdapat satu garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia. Garis panduan ini menyentuh mengenai Amalan Perubatan Yang Baik (Good Medical Practice), dikeluarkan pada tahun 2001. . Terdapat Lima ciri asas amalan Perubatan yang baik ialah; 1. Integriti Profesional, 2. Kemahiran Berkomunรญkasi, 3. Tingkah Laku Beretika, 4. Merawat Pesakit dengan Hormat dan 5. Menjadi […]

Kenapa Nyahjangkit (hand-sanitizers) Perlu Di Sapu?

Kita semua tahu, virus nCov baharu dikenali jenisnya akhir tahun lepas. Ianya satu keluarga dengan SARS dan MersCov yang pernah menggemparkan dunia satu masa dahulu [1]. . Oleh kerana ianya baharu dikenali, zat, sifat dan perangai nCov itupun masih lagi dalam pemerhatian, kajian dan pemantauan. . Apabila timbul isu yang mengarahkan semua barangan yang dibeli […]

Penjelasan Tentang Coronavirus

Apa sebenarnya wabak CoronaVirus yang meriah sangat dihebohkan? Ini adalah penjelasan dari doktor twitfemes, Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga. Video ni panjang sikit tau. Dengar je la dulu mana tahu ada manfaatnya. Share jangan lupa. #coronavirusย #viralย #kkmย #terengganuย #TVDarulImanย #Coronovirus #Updiย #Teganukitaย #Terengganu https://www.facebook.com/1425774284331666/posts/2510256175883466/

Appendisitis

Nama dia appendik sebab dia ada kat hujung usus besar. Sebelum usus besar adalah usus kecil yang berlingkar dalam perut kita. Appendik ni gunanya untuk simpanan sistem pertahanan badan. Terdapat sel-sel Limfosit yang boleh menjadi sumber sel-sel imuniti apabila diperlukan. Tetapi appendik bukan kilang utama. Sum-sum tulang adalah kilang utama. Sepanjang kehidupan, seseorang mempunyai keberangkalian […]

TB Paru-paru

Heboh dalam media sosial, punca kematian 13 orang asal di Kelantan akibat jangkitan kuman Tb. Kenyataan pihak polis itu masih tidak konkrit kerana siasatan oleh pihak perubatan masih belum selesai. Maka pelbagai andaian telah dilontarkan oleh netizen punca penyakit yang meragut nyawa itu. Apapun tunggu lah dahulu siasatan terperinci dari pihak berwajib. Media sosial bukan […]

Resepi Telur Goreng Mata Kerbau

Mai, saya juga nak kongsi resepi telur mata kerbau. Setengah tempat sebut mata lembu. Apa-apa saja la, asal menjadi. Cara-cara: 1. Sebiji telur, basuhkan dulu sebab kulit luar tu bernajis. Haram makan telur jika bercampur tahi. 2. Panaskan kuali. Tak kisah kuali warna apa, hitam, putih atau merah. Tak kisah juga dapur mana nak guna, […]

7 Tips Pesakit Menghadapi 1 Syawal

Apabila tibanya 1 Syawal, umat Islam diharamkan berpuasa. Hari itu adalah hari gembira kerana meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Di sini mulalah kita lupa bahawa kita perlu berhati-hati juga mengambil segala jenis maklika makanan di hari raya. Oleh kerana terlalu ingin qodo makan pada waktu siang hari di bulan ramadhan, kita […]

Khasiat Bone Broth atau Sup GearBox

Musim raya qurban telah berlalu. Banyak lebihan tulang dan sendi lembu/kerbau yang masih tersimpan dalam peti ais di rumah untuk dimasak bila-bila masa sahaja. Tetiba tersebar satu video pendek dari seorang chef terkenal tanah air yang berkongsi cara-cara memanfaatkan tulang lembu/kerbau. Resepi mudah yang beliau kongsikan adalah air sup tulang renehan atau bone broth. Mungkin […]

Aktiviti Seks Selepas Serangan Jantung

Seorang sahabat karib baharu sahaja diserang sakit jantung minggu lepas. Umur beliau baru mencecah 28 tahun, tetapi bentuk badannya gempal dan kuat merokok. Beliau bertanyakan nasihat kesihatan dari saya sementelah selalu melakukan akitiviti persatuan bersama. Apakah tip-tip kesihatan yang membolehkan beliau kekal sihat dan terhindar dari serangan sakit jantung kali kedua? Nasihat pemula yang wajib […]

Anak Sawan Tarik, Apa Perlu Anda Buat?

Sawan selalu disebut oleh orang awan sebagai satu keadaan penyakit yang boleh menyebabkan mangsa jatuh pengsan serta menggelupur. Pelbagai nama digelarkan oleh mereka. Antara nama yang masyhur adalah sawan demam, sawan tarik dan sawan babi. Penyakit sawan berlaku tanpa mengira bangsa, tua atau muda, kaya atau miskin, cerdik atau dungu, semuanya mempunyai risiko dihinggapi oleh […]

Campuran Susu dengan Asam, Ikan Bahaya?

Lewat petang tadi tersebar tulisan yang melarang orang ramai mencampurkan susu dengan buah-buahan masam seperti oren, limau, nanas dan sebagainya. Katanya gabungan susu dengan bahan masam bukan satu makanan sihat dan boleh menyebabkan mudarat kesihatan. Maklumat yang disampaikan itu tiada rujukan jelas dan memberi nasihat bersahaja agar orang ramai tidak makan gabungan tersebut. Sedikit carian […]

Saringan HIV Bakar Pengantin

Setiap insan yang waras sudah pasti inginkan berkahwin, membina keluarga dan melahirkan zuriat yang soleh. Tetapi sebelum berlangsungnya sesatu ikatan yang sah, pasangan wajib mengetahui hak diri dan kemampuan masing-masing bagi melayari bahtera sehingga akhir hayat. Kemampuan itu terdiri dari kemampuan fizikal, mental dan sosio-ekonomi. Sihat tubuh badan, bebas dari segala penyakit yang boleh membahayakan […]

Petua Terkena Gigitan dan Tertusuk Paku

Jika digigit binatang berbisa, dapatkan bantuan segera dari klinik atau hospital. . 1) Jangan bakar kaki dengan minyak masak. Dah lah sakit digigit dan bisa merayap, kaki pulak terbakar. Doktor terpaksa rawat dua penyakit pula. . 2) Jangan sedut luka gigitan. Kan double kojol sebab sedut bisa binatang. . 3) Jangan kejar binatang tu semata-mata […]

Kuman Bekam

Sedih dengar cerita seorang pesakit yang pernah dijangkiti virus Hepatitis C akibat berbekam. Mungkin ianya satu kes terpencil, tetapi boleh dijadikan iktibar kepada penggemar bekam seluruh dunia. . Kisahnya bermula beliau dihinggapi Hepatitis C. Setelah diselidik tiada sumber lain yang menyebabkan sumber jangkitan kecuali beliau pernah berbekam sebulan sebelum itu. Nasib baik beliau segera dirawat […]

Bahaya Strok / Angin Ahmar

STROK Sembang pagi bersama ahli kumpulan wasap pagi ni.. . “Dinasihatkan sesiapa yang ada Darah Tinggi atau Kencing Manis atau Cholesterol Tinggi atau kesemuanya sekali supaya makan ubat Aspirin atau apa sahaja pencair darah.” Ujar seorang sahabat yang kini menjadi YB di sekitar Selangor. Beliau istiqomah dan terlalu cakna dengan rakyat setempat. “Kalau tidak…boleh terdedah […]

Kita Aidil Fitri, Mereka Aidil Pasrah

โ€‹#Kita_Aidil_Fitri_Mereka_Aidil_Pasrah Dr Maxwell Maltz, seorang pakar bedah hebat sekitar tahun 1950, mendapati pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan berperangai pelik selepas sesi bedah. Kebanyakan mereka mengambil masa paling minima 21 hari untuk menyesuaikan diri dalam bentuk imej yang baharu. Contohnya pesakit beliau yang membuat pembedahan hidung, tempoh 21 hari diperlukan untuk melakukan adaptasi kehidupan dengan bentuk hidung […]

Penyakit Jamuan Rayaย 

โ€‹#Penyakit_Jamuan_Raya . Hari ni ramai yang mari klinik minta MC. Katanya sakit muntah dan cirit setelah masuk hari kedua puasa. Berlarutan sampai hari ini. . “Doktor kena beri cuti pada saya, jika tidak lagu mana saya nak gi kerja? Terpaksa bertuala sepanjang masa”. Gesa seorang pesakit separuh umur. Nampak kerut muka tu memang sah dia […]

Persediaan Hari Raya: Bank Kalori

Oleh: Dr Khairul Hafidz Alkhair Alhamdulillah kita telah hampir ke penghujung bulan Ramadhan, Syawal pula yang akan tiba. Dan yang pastilah ramai yang ingin meraikan kemenangan setelah mengharungi sebulan Ramadhan, dan cara meraikannya? Pastilah dengan makan. Siapa yang tidak terliur dengan juadah hari raya, dengan lemang, ketupat, rendang tok apa lagi kalau mendapat kuah kacang […]