4 Kesalahan Jurujual Produk Kesihatan
Seorang jurujual memarahi saya, “kalau produk tak berguna…kenapa KKM luluskan?”
“Cik adik, KKM luluskan tu sebagai suplemen, bukannya ubat yang dakwa boleh rawat penyakit!”
4 KESALAHAN JURUJUAL
.
1️⃣ Apabila bahan jualan mereka sudah dapat nombor notifikasi kelulusan KKM terus mendakwa produk mereka disarankan oleh KKM untuk merawat penyakit itu dan ini.
❗️Tidak dinafikan bahawa produk itu mempunyai nilai tertentu dari segi zat makanan, tetapi produk kesihatan tidak ada bahan aktif yang boleh merawat penyakit.
.
2️⃣ Jika ada sekali pun, ianya tidak diuji dari sudut kajian berstarata tinggi yang mengesahkan bahawa produk itu BERKESAN, SELAMAT dan BERKUALITI untuk merawat penyakit.
.
3️⃣ Namun seperti biasa, jurujual akan mempromosi testimoni dari para pembeli yang berjaya mengurangkan kesan penyakit kronik yang mereka hadapi. Bagi ahli perubatan TESTIMONI tidak diterima sebagai hairarki tertinggi aras pembuktian sesuatu produk merawat penyakit. Testimoni adalah lebih kepada anekdotal, atau kisah-kisah separa masak demi melariskan jualan. Sementelah lagi pengguna yang membuat testimoni itu adalah juga agen jualan.
.
4️⃣ Konflik kepentingan berlaku demi menghabiskan sasaran jualan seharian. Pertimbangan tepat mengenai keberkesanan produk adalah diterkebelakangkan.
.
‼️Berpada-padalah dengan kempen jualan anda.
.
Sekian Nasihat dari
Suhazeli Abdullah
10.3.2020
Airport Telaga Batin
