Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

VAKSIN PENYAKIT X SUDAH SAMPAI?

VAKSIN PENYAKIT X SUDAH SAMPAI?

Terdapat dakwaan yang kata vaksin Penyakit X dah sampai di KKM. Kemudian nurse-nurse kita dah dipersiapkan untuk percubaan vaksin yang belum ada kajian tersebut. Adakah Malaysia sudah bersetuju jadi pusat penyelidikan vaksin bagi Penyakit X?

Pertama, sebarang dakwaan yang mengatakan bahawa vaksin penyakit X telah sampai di KKM adalah berniat jahat dan terlalu skeptikal dengan usaha yang dilakukan oleh KKM. Bahkan vaksin Penyakit X pun belum diwujudkan lagi, apatah lagi untuk diedarkan ke dalam negara kita.

Penyakit X adalah nama yang diberikan oleh WHO untuk penyakit yang belum dikenalpasti tetapi berpotensi menjadi pandemik pada masa depan. KKM telah menyatakan bahawa mereka bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan berkaitan pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X. Namun, setakat ini, tiada vaksin yang telah dibangunkan atau diuji untuk penyakit X.

Kedua, tidak menemui sebarang bukti yang menyokong dakwaan bahawa nurse-nurse kita telah dipersiapkan untuk percubaan vaksin Penyakit X itu. Sebaliknya mereka cuba merekayasa sesuatu yang belum diwujudkan lagi atas kemungkinan phobia mereka terhadap apa saja jua usaha yang dilakukan oleh KKM dalam memerangi penyakit.

Ketiga, adalah tidak menemui sebarang maklumat rasmi yang menunjukkan bahawa Malaysia sudah bersetuju menjadi pusat penyelidikan vaksin bagi penyakit X. Namun jika ditanya Malaysia mempunyai potensi untuk menghasilkan vaksin sendiri dan membangunkan pusat penyelidikan vaksin? Ya kemungkinan itu ada. Salah satu contoh pusat penyelidikan ialah TIDREC UM, yang merupakan salah satu prasarana dengan biokeselamatan modular tahap 3 (BSL3) di Malaysia yang sebelumnya digunakan untuk mengkaji agen sangat patogenik seperti koronavirus MERS dan virus Nipah. Namun, sehingga kini tidak diketahui samada TIDREC UM atau mana-mana pusat penyelidikan lain di Malaysia sedang terlibat dalam usaha mencari vaksin untuk penyakit X.

Adalah diharapkan jawapan ini dapat membantu masyarakat memahami fakta-fakta mengenai vaksin dan pandemik. Saya juga harap anda dapat membuat keputusan yang berasaskan ilmu dan bukannya desas-desus atau fitnah. Vaksin adalah salah satu cara untuk melindungi diri kita dan orang lain daripada jangkitan dan komplikasi Covid-19.

Suhazeli Abdullah
5/10/2023

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles