Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Jangan Tertipu! Ini Fakta Sebenar Tentang Vaksin Sinovac dan COVID-19

Video yang menyatakan bahawa vaksin Sinovac dari China telah diberhentikan pengeluarannya. Saya kira cukup dah kita dok sebar benda yang tidak sahih seperti ini. Lain kali, kalau nak nak sebar pun buatlah sedikit survey atau semakan dahulu. Tanya Google pun dah boleh tahu jawapannya.

Pengeluaran vaksin Sinovac dihentikan kerana tidak ada permintaan di zaman kini. Ini kerana pandemik COVID-19 sudah pun berakhir. Malah kes COVID-19 di seluruh dunia tidak begitu ramai walaupun terdapat lagi kes-kes di setiap negara, tapi tidaklah seteruk tahun 2020 – 2021 yang lalu. Oleh kerana permintaan sudah tidak tinggi maka pengeluarannya pun dihentikan bermula Januari 2024. Lagi pun vaksin yang paling banyak permintaan adalah vaksin Pfizer.

Penghentian pengeluaran tersebut bukan kerana kesan sampingan yang begitu serius. Tetapi lebih kepada permintaan yang menurun di seluruh dunia.

Mengenai kesan samping yang dilaporkan dari vaksin Sinovac COVID-19 pun jelas diketahui. Umumnya bersifat ringan dan tidak berbahaya, seperti sakit, bengkak, demam, mual, atau alahan. Hanya ada beberapa kes kesan sampingan yang serius, seperti reaksi alergi atau anafilaksis, yang memerlukan bantuan perubatan secara teliti.

Video YouTube yang dikutip itu adalah hoaks/palsu yang bertujuan untuk menyebarluaskan informasi palsu dan menimbulkan ketakutan dalam masyarakat. Dokumen yang ditampilkan dalam video tersebut diambil dan diolah keluar dari konteks sebenar.

Saya sarankan anda untuk tidak mudah percaya dengan informasi yang tidak memiliki sumber yang jelas dan kredibel. Semaklah dahulu sebelum sebar. Bimbang juga kita termasuk dalam golongan yang menyebarkan berita palsu dan ianya amat dilarang dalam agama Islam.

Suhazeli Abdullah

Rujukan
(1) Sinovac reportedly halts COVID-19 vaccine production. Jan 11, 2024. Global Times. https://www.globaltimes.cn/page/202401/1305219.shtml
(2) Kenali Efek Samping Vaksin Sinovac dan Cara Mengatasinya. https://www.alodokter.com/kenali-efek-samping-vaksin-sinovac-dan-cara-mengatasinya.
(3) Vaksin Sinovac COVID-19 menghentikan produksinya karena efek samping …. https://www.youtube.com/watch?v=Bs1x1wALUEM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles