Tag Archive for: Vaksin

Warna Susu Ibu

Terdapat ibu menyusu buat aduan bahawa susu mereka bertukar warna hijau selepas vaksin COVID-19. Setakat yang saya tahu, susu ibu itu terdapat pelbagai warna bergantung kepada keadaan si ibu BUKANNYA akibat VAKSIN. Saya bertanyakan pakar pemakanan Dietitian Fizah | Nur Hafizah M Sobri untuk kepastian. Berikut jawapan beliau. MACAM MACAM WARNA SUSU IBU Eh bukan […]

Sel Janin dan Babi dalam Vaksin COVID-19. Ini jawapannya

Penjelasan mengenai sel janin, babi atau seumpamanya dalam vaksin COVID-19. 💉Vaksin adalah produk yang berkesan, kurang kesan sampingan serta berkualiti. 🧬Proses pembuatannya terbahagi kepada 2.  1. Kaedah conventional 2. Kaedah sintetik. 🧬Vaksin yang menggunakan kaedah mRNA seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna menggunakan kaedah sintetik. Di sini tidak langsung melibatkan sel hidup seperti sel manusia ataupun haiwan. […]

Apa Kesudahan Nasib Pesakit COVID-19?

Berikut adalah kemungkinan yang boleh berlaku ke atas pesakit yang telah dijangkiti oleh COVID-19. Nasib mereka berbeza-beza bergantung kepada ketahanan badan dan juga risiko yang sedia ada dalam diri masing-masing. Tiga bentuk nasib yang mereka akan hadapi: 1️⃣ Jangkitan positif, samada bergejala/tidak. Badan kita akan cuba bertindak balas dan melawan virus COVID-19 itu dengan sedaya […]

Vaksin vs Pemakanan Sunnah

Secara umum, sistem pertahanan badan terbahagi kepada dua iaitu 1️⃣ Imuniti semulajadi (innate immunity) 2️⃣ Imuniti penyesuaian (adaptive immunity). Inilah yang dinamakan sistem imuniti Imuniti semulajadi merupakan tindak balas pertama dalam badan sekiranya badan diserang kuman. Tindak balas ini bersifat tidak khusus kepada mana-mana kuman. Ianya juga sementara dan tidak dapat bertahan lama. Sekiranya kuman […]

Vaksin Punca Autism

Vaksin Punca Autism? Oleh: Nurul Fadhilah Salleh Andrew Wakefield dan rakan-rakan dalam kajian mereka pada tahun 1998 yang melibatkan 13 kanak-kanak telah mengaitkan vaksin MMR sebagai punca autism. Dalam kajian tersebut, mereka berteori bahawa vaksin MMR telah menyebabkan inflamasi pada bahagian usus kanak-kanak, menyebabkan sejenis ‘protein misteri’ merentas keluar dari usus, mengganggu perkembangan otak kanak-kanak […]

Vaksin COVID-19 yang Di Tunggu

Vaksin bukan segala-galanya. Tetapi semua orang mengharapkan vaksin terutamanya vaksin COVID-19 itu berjaya dicipta dalam tempoh terdekat. Mungkin anda pelik, mengapa tulisan saya sebegini pada kali ini. Seolah-olah saya tidak begitu mengharapkan sangat kewujudan vaksin dalam suasana pandemik COVID-19 masa ini. . Di sinilah perlunya kefahaman yang mantap bagi kita, bahawa vaksin itu salah satu […]

Antivaksin Bertaubat

Pernah kawan-kawan duk tegur, apasai hang ni rajin duk tulis pasai salah faham antivaksin dalam Facebook? Siap berblog lagi duk tulis debunk mereka. Dan…tahun 2015 boleh buat collection artikel dalam bentuk buku. Itupun kawan-kawan duk perli, patutlah brehi ngat berlawan dengan antivaksin dan menulis..nak lariskan buku rupanya. Kita ni cukup duk klinik je. Punch in […]

Pencapaian 2019

Terima kasih kepada semua followers yang mencecah 59K samada di profile atau fanpage. . Saya menulis ikut mood, masa rajin 2 artikel sehari. Masa malas seminggu sekali pun tak pos apa-apa. Akaun profile baju hijau tu adalah akaun peribadi [fb.com/Suhazeli.abdullah]. Saya selalu share tulisan samada tulisan serius atau suka-suka. Manakala fanpage pula tulisan agak berstruktur […]

Vaksin Boleh Memusnahkan Manusia?

Jika benar vaksin itu boleh memusnahkan manusia, sudah tentu program imunisasi diberhentikan. . Kita boleh lihat sendiri bahawa Program imunisasi kebangsaan yang telah diletakkan secara rasmi dalam negara kita sejak sebelum merdeka lagi (1956) dengan pemberian vaksin DT. . Sebelum dari itu pemberian vaksin Cacar diberikan di zaman kolonial British sejak 1895. Ketika itu hanya […]

Geng Antivaksin Hipokrit

Hipokrit sungguh geng antivaksin. Dulu, hujah mati-matian tolak vaksin atas pelbagai alasan. Vaksin ada kinzir la, AEFI vaksin serius la, vaksin ada logam merkuri la dan banyak lagi. Semua penulisan gavaks itu menolak total vaksin. Hatta termasuk vitamin K yang boleh mencegah perdarahan otak pun mereka phobia. . Kita sudah pun perjelaskan satu persatu semua […]

Vaksin Pneumokokal

Oleh Dr Amirul Amzar Tahniah kerajaan Malaysia atas kejayaan memasukkan vaksin pneumococcal dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan bermula 2020. Tahniah juga rakyat Malaysia atas manfaat yang besar ini. Vaksin pneumococcal mencegah dari jangkitan streptococcus pneumoniae. Ia adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada telinga (otitis media), sinus (sinusitis), paru-paru (pneumonia) dan juga selaput otak (meningitis). […]

Vaksin Punca Ekzema?

Ekzema adalah penyakit hypersensitivity kulit. Hypersensitivity bermakna kulit seseorang itu terlalu sensitif. Terkena bahan tertentu sedikit je terus bengkak. Bahan tertentu ini kita panggil trigger. Contoh trigger adalah debu, bahan kimia dan bulu kucing. Bermakna kalau ada terkena trigger, orang yg ada ekzema itu akan kena serangan ekzema atau kita panggil sebagai flare. Vaksin, tidak […]

Program Soal Rakyat TV3

[Mungkin aturan jawapan berubah dalam bentuk kaedah penyampaian] . Q1) Apakah yang dimaksudkan dengan vaksin dan bagaimana fungsinya? Vaksin adalah satu bahan yang digunakan bagi merangsang sistem imun secara spesifik untuk melindungi diri dari serangan penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit yang bahaya tersebut adalah Tb, Hepatitis B, Difteria, Pertusis, Tetanus, Hemofilus Influenza jenis B, Polio, Campak, […]

Bahan dalam Vaksin

Empat formulasi utama yang biasa digunakan dalam vaksin a. Kuman yang telah dilemahkan/dimatikan/diambil sebahagian struktur/toksoid. b. Air. Seperti Air Nyah-kuman (Sterile Water), Air Salina (Normal Saline) dan Air berprotin. c. Bahan Pengawet (Preservatives), Bahan Tambahan (Additives) dan penstabil (stabiliser). Seperti Albumin, Phenols, and Glycine d. Bahan Pembantu (Adjuvan). Seperti Aluminium, Antibiotik, Protin Telur, Formaldehyde (dibuang […]

Penjelasan Isu Forum di Pondok Pak Teh, Perak

Forum kali ini adalah program ke 5 saya menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan vaksin di sekolah/pondok agama. Pertama di Pondok Laklok Besut, kedua Sekolah Agama Pinang Merah Paka, ketiga Madrasah An Nur Al Aslamiah Pendang Kedah, ke empat adalah Sekolah Darul Taqwa Rusila dan terakhir di Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. . Jutaan terima kasih kepada […]

Hukum Harus, Wajib Vs Akta Wajib Vaksin

Sekurang-kurangnya dua badan berwibawa meletakkan status kenyataan maya berkaitan HUKUM mengambil vaksin. Pernyataan awal oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dalam Bayan Linnas ke-166 yang menyatakan bahawa mengambil vaksin MENGIKUT JADUAL IMUNISASI KEBANGSAAN adalah WAJIB.[1] Manakala Bahagian Dakwah, Jakim mengambil sumber yang sama Bayan Linnas SS Datuk Mufti Wilayah itu dengan membuat topik umum VAKSIN […]

AENFI di Filipina

Tidak rasa bimbang ke kita apabila berlaku wabak seperti di Filipina dan Selatan Thai? Jumlah kematian meningkat kepada 136 orang sejak berlakuknya wabak di Metro Manila, Luzon dan Visayas.[1] . Punca dikenal pasti adalah terdapat golongan yang menakut-nakutkan rakyat untuk mevaksinkan anak-anak mereka. Alasan yang selalu mereka berikan adalah kesan sampingan. Tetapi mereka lupa kesan […]

Dapatkan Maklumat Sahih dalam Perubatan

Terima kasih atas kenyataan terbaharu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai maklumat imunisasi. Kita yang sudah berkecimpung di media sosial sudah banyak menjawab pelbagai isu negatif mengenai vaksin dan banyak lagi isu lain seperti doula, produk sampah dll. Dengan kenyataan rasmi yang dibuat oleh KKM ini, menunjukkan kesungguhan semua pihak membanteras segala salah faham dan […]

Bahaya Aluminium dalam Vaksin?

Seorang netizen antivaksin mempersoalkan kenapa KKM tidak menggunapakai peraturan yang digunakan dalam akta USECHH 2000 mengenai had bahaya aluminium apabila terdedah kepada tubuh. Adakah kami juga hairan dosh malaysia tak buat kenyataan bantah? Aluminium dalam vaksin berbeza dengan aluminium dalam persekitaran seperti yang dinyatakan dalam akta DOSH. Nama pun DOSH (Department of Occupation Safety and […]

Sejarah Hitam Tercatat Akibat Lantik Vaksin-skeptik Sebagai Pemimpin

Semoga sejarah ini diambil iktibar seluruh dunia apabila kerajaan baharu Italy memecat pakar-pakar yang membuat polisi kesihatan negara.[1] Gerakan antivaksin dinegara terbabit terlalu kuat mendesak sehingga memberikan tekanan kepada ahli-ahli politik yang bertanding untuk memerintah Italy. Kempen-kempen pilihanraya Umum di Italy sebelum 4 Mac 2018 lalu termuat janji-janji yang ingin mengkaji semula polisi kerajaan semasa […]