Stres Tempat Kerja
Hari ini aku diberi kepercayaan oleh pihak JKNT untuk mengendalikan sesi interaksi dan ceramah bertajuk “Stres di tempat kerja” kepada ahli Kelab Sukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kuala Terengganu. Sebenarnya tajuk Tekanan Mental dan Stres secara spesifik ini telah banyak kali disampaikan diperingkat jabatan. Bahan demi bahan dicari sebelum menyampaikan ceramah tersebut. Dan sebenarnya kita banyak terlupa bahawa Islam telah menunjukkan cara untuk mengatasi stres. Tak kisah la stres tu tempat kerja ke atau dimana sahaja. Doa-doa ma’thurat yang kita baca mengandungi pelbagai kalimat penyembuh hati manusia yang gundah gulana. Sebagai contohnya doa stres yang saya paparkan di atas. Permohonan doa kepada Rabbul Jalil agar kita dijauhkan dari keluh kesah dan rasa sedih.
Cuma aku terbayang bahawa jabatan-jabatan kerajaan ataupun pihak swasta sepatutnya menganjurkan sesi seperti ini kepada pekerja mereka. Setidak-tidaknya pihak pengurusan tertinggi jabatan mengetahui bahawa ada anggota dibawah seliaan mereka mempunyai masalah mental seperti murung, anzeiti atau stres. Ujian minda sihat yang dijalankan dalam sesi tersebut boleh mengcungkil dan merungkai masalah para pekerja yang berhadapan dengan tekanan jiwa.
Saya sedia membantu jika diperlukan dan saya mengharapkan agar menjadi orang yang paling bermanfaat kepada semua makhluk….kerana Rasul pernah besabda sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain….
Download Powerpoint (PDF Format)
Plaza Hotel, KL
2300H

Comments are closed.