Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Sacha Inchi: Fakta atau Mitos?

Sacha Inchi: Fakta atau Mitos?
Sacha Inchi, atau juga dikenal sebagai kacang Inca, adalah sejenis tanaman yang berasal dari Amerika Selatan. Tanaman ini menghasilkan biji yang kaya akan asid lemak omega-3, protein, dan antioksidan. Segelintir pihak yang mendakwa bahawa Sacha Inchi dapat membantu menurunkan paras gula dan kolesterol dalam darah, serta mencegah dan mengubati penyakit seperti diabetes dan kolesterol tinggi. Namun, apakah dakwaan ini benar? Atau hanya sekadar strategi pemasaran yang mengelirukan?
Apabila melihat media sosial, sebagai pakar perubatan, saya merasa sedikit terganggu dengan iklan-iklan yang berlebihan dan tidak merujuk kepada fakta tepat mengenai Sacha Inchi ini. Mereka seolah-olah menyajikan Sacha Inchi sebagai ubat ajaib yang disyorkan oleh para pakar kencing manis, pakar perubatan, pakar pemakanan yang telah terbukti. Sedangkan kajian-kajian mengenai Sacha Inchi masih lagi mentah dan belum matang sepenuhnya. Dalam masa sama mereka membuat kempen meninggalkan ubat-ubatan yang sudah terbukti efektif dalam mengubati diabetes, kolesterol dan lain-lain lagi.
Untuk mengetahui kebenaran tentang Sacha Inchi, saya telah melakukan beberapa penelitian, pengamatan, dan pembacaan dari berbagai sumber yang berwibawa, termasuk jurnal ilmiah seperti Cochrane Library. Hasilnya, saya tidak menemukan bukti yang kuat dan sahih yang mendakwa Sacha Inchi itu berkesan sebagai ubat diabetes atau anti-kolesterol.
Peliknya, bagaimana para penjual dapat membuat dakwaan ajaib? To good to be true! Kempen yang hampir sama dengan penjual tak bertualiah di kedai-kedai kampung.
Meskipun saya tidak menyangkal bahwa Sacha Inchi memiliki manfaat tertentu sebagai makanan tambahan yang mengandung zat-zat penting bagi tubuh, tetapi itu tidak berarti bahawa ia dapat menyembuhkan penyakit tertentu seperti kencing manis, kolesterol dan sebagainya.
Masyarakat awam perlu memahami perbezaan antara dakwaan dan fakta tentang suatu bahan atau ubat. Perawat yang bertanggung jawab dalam menentukan jenis ubat bagi pesakitnya, harus bercakap benar merujuk pada disiplin ilmu dalam bidang kesihatan.
Konsep ini harus jelas oleh semua pengamal perubatan dan penjual produk kesihatan. Saya tiada masalah jika anda hanya ingin menjual Sacha Inchi sebagai makanan tambahan yang mengandung zat-zat secara umum, silakan saja. Namun, jika anda membuat dakwaan dan tuntutan secara ilmiah tentang penyakit-penyakit yang spesifik, maka anda telah melakukan kesalahan dalam memberikan harapan yang salah kepada masyarakat. Tidak kira lah anda bergelar sebagai doktor ataupun ustaz! Disiplin ilmu dalam kajian perlu dipatuhi. Janganlah dek kerana ingin lariskan jualan, sanggup menolak fakta.
Penjual produk tidak boleh mendakwa bahawa bahan yang mereka promosikan dapat menurunkan kolesterol, gula darah, atau sejenisnya. Apalagi dengan kata-kata manis mereka, mereka menyuruh pesakit yang “putus asa” berubat untuk meninggalkan ubat-ubatan yang telah diberikan selama ini oleh doktor perubatan. Dengan wawenang anda menyuruh pesakit menggantinya dengan produk  yang anda jual. Sungguh tidak beretika! Adakah berkat buat kerja sebegitu?
Sekali lagi saya tegaskan Sacha Inchi sampai saat ini belum melepasi ujikaji klinikal fasa 3 dan 4. Penelitian-penelitian di seluruh dunia masih diteruskan dan belum mencapai kesepakatan yang jelas, konkrit, dan definitif. Jika suatu hari nanti Sacha Inchi memang terbukti benar-benar berkesan, apa salahnya kami yang berada di hospital dan klinik ini juga menggunakannya? Tetapi, Anda harus membawa dokumen pembuktian itu ke pihak berkuasa ubat di negara ini,iaitu NPRA, untuk dinilai dan disetujui penggunaannya oleh seluruh warga kesihatan.
“Masyarakat Faham, Kami Senang.
Masyarakat Keliru, Kami Bantu”
Suhazeli Abdullah
9.6.2022
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles