Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Mengapa Doktor Pakar Jantung Tidak Boleh Buat Iklan Seperti Prof A?

Pernah dengar atau terbaca tak doktor buat iklan pasal ubat kencing manis atau sakit jantung atau seumpamanya?
.
Contohnya Prof A menulis di laman sosial beliau “💔Jantung anda tersumbat? 🤪 Nafas anda tercungap²? 😱 Dada anda sakit? Jom gunakan khidmat ajaib kami dengan buat angio dan ubat sxsxsx! Anda pasti puas hati, LULUS KKM dan pakar angio adalah bumiputera..hubungi segera Hospital kami di talian 01X-XXXXXXX❗️”
.
Sudah tentu TIADA doktor pakar jantung yang buat iklan begitu.
.
Walaupun beliau dan institusi beliau itu sudah banyak jasa pada negara serta umatnya tetapi etika sebagai doktor perubatan tidak boleh buat iklan sedemikian. Profesyen perubatan menghalang seseorang ahli perubatan berdaftar untuk membuat apa sahaja iklan yang mempromosi produk. Akta Perubatan 1971, Code of Professional Conduct dan Good Medical Practice adalah terma rujukan bagi setiap doktor. Jika melanggari terma undang-undang tersebut, beliau boleh dijatuhkan tindakan disiplin oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Setelah dijatuhkan tindakan disiplin, namanya serta pertuduhan yang berkaitan dipaparkan secara rasmi dalam website rasmi MMC.
.
Apa yang penting bagi seorang pengamal perubatan adalah tiada Conflict of Interest dalam menentukan kaedah rawatan serta mengikuti garis panduan yang banyak dikeluarkan oleh KKM itu sendiri.
.
Apabila kita berdiri dalam kelompok majoriti ramai pakar, adalah lebih selamat berbanding dengan percayai segelintir kecil pandangan atau pendapat merawat pesakit. Bahkan kaedah merawat segelintir kecil itu pun banyak pertikaian dan diragui kesahihannya dari sudut kajian berwibawa.
.
Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles