Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Campuran Limau Nipis, Madu dan Garam Rawat COVID-19: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Terpedaya

Viral semula dakwaan yang katanya campuran Limau Nipis, Madu dan Garam mampu merawat COVID-19. Mesej yang anda terima adalah sejenis *mesej palsu atau hoaks yang telah disebarkan sejak tahun 2020*. Mesej itu mengandungi maklumat tidak benar dan fakta menyeleweng tentang ubat herba yang kononnya boleh menyembuhkan Covid-19. Mesej itu juga bertentangan dengan nasihat pakar kesihatan dan sains perubatan.
Ianya *TIDAK bersandarkan kajian-kajian kesahihannya* secara saintifik. Boleh dikatakan hanya *”enecdotal”*.
Maksudnya nak amal tidak menjanjikan kemujaraban, dan keberkesanannya pelbagai. Bahkan ianya bukan rawatan difinitif pun.
Ia mungkin juga boleh mendatangkan bahaya sebab campuran itu boleh menyebabkan berlakunya interaksi  dengan penyakit yang sedia ada. Contohnya garam setengah sudu yang dimasukkan itu boleh sebabkan darah tinggi meningkat. Madu yang diambil oleh pesakit kencing manis boleh sebabkan gula dalam darah naik.
Begitu juga campuran ketiga-tiga bahan tersebut  boleh melibatkan interaksi  badan seperti loya, muntah dan memabukkan. Mungkin bagi setengah orang yang lain tidak ada masalah, tetapi bagi orang-orang yang tertentu bermasalah apabila mengambil campuran seperti itu.
Trend terkini Covid, jika dijangkiti akan bergejala sehari dua dan akan sembuh sendiri. Majoriti pesakit positif akan hanya mempunyai gejala ringan terutama jika sudah divaksin.
Sekian
Dr Suhazeli Abdullah
16/12/2023
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles