Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Israel Lancar Pembunuhan Beramai-ramai ke atas Palestin: Darah, Api dan Tangisan

Situasi Terkini di Palestin semakin mendebarkan dunia. Pembantaian rejim Israel ke atas rakyat Palestin menimbulkan ketegangan di Bumi Syam. Berikut adalah catatan terkini:

1. Angka korban di kalangan warga Palestin akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas regim zionis Israel terus meningkat kepada 8,796 orang termasuk 3,648 kanak-kanak dan 2,290 wanita.

2. Kumpulan pejuang Palestin menyatakan jumlah tentera pengganas regim zionis Israel yang mati berikutan operasi ketenteraan darat di Semenanjung Gaza adalah lebih tinggi daripada yang diumumkan iaitu sebanyak 15 orang.

3. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera pengganas regim zionis Israel berikutan operasi ketenteraan darat oleh tentera pengganas regim zionis Israel seperti di utara Semenanjung Gaza, Beit Hanoun, Juhr Al-Dik, Karama, Al-Zaiton dan Erez.

4. Tentera pengganas regim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas kawasan dan bandar di Semenanjung Gaza seperti bandar Gaza, kem pelarian Jabalia dan Al-Nusirat, Tel-Hawa, Khanyounis dan Rafah.

5. Kumpulan pejuang Palestin terus membalas serangan tentera pengganas regim zionis Israel dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar yang dijajah regim zionis Israel seperti di Ashdoud, Tel Aviv, Asqlan, Yitfah, Zarait, Nerim, Ain Hashlousha, Mivtahim, Kibots Nir Isaac, Beeri, Netiv dan Haasara termasuk kedudukan dan pengkalan tentera pangganas regim zionis Israel di Kibots Sufa, Sarij, Holt, Mars dan Raim.

6. Tentera pengganas regim zionis Israel terus menyerang dan mengebom di kawasan sekitar dan perkarangan hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza seperti Hospital Al-Shifa.

7. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas regim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Jenin, Qalqalia, Tulkarm dan Hebron.

8. Tentera pengganas regim zionis Israel menyerbu dan menahan Setiausaha Fatah di Jenin, Atta Abu Ermila di rumahnya lewat malam semalam.

9. Tentera pengganas regim zionis Israel menyerbu dan melancarkan serangan udara ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang sehingga kini mengakibatkan 2 warga Palestin terkorban.

10. Tentera Hizbullah terus melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera pengganas regim zionis Israel seperti di Al-Bayad, Shtula dan kawasan yang dijajah regim pengganas zionis Israel di selatan Lubnan.

11. Tentera pengganas regim zionis Israel terus melancarkan serangan udara ke atas wilayah dan bandar di selatan Lubnan seperti Aita Al-Shaab, Ramia, Mays Al-Jabal dan Aitaroun.

12. Media Tentera Yaman memaparkan klip video yang menunjukkan operasi bersama pasukan peluru berpandu Yaman dan tentera udara Yaman melancarkan peluru berpandu ke arah sasaran di negara haram Israel.

13. Berikutan serangan peluru berpandu balistik dan drone dari Yaman ke atas bandar yang dijajah regim zionis Israel iaitu Eilat, tentera pengganas regim zionis Israel telah mengerahkan kapal perangnya ke Laut Merah.

14. Pengkalan tentera Amerika Syarikat di Al-Tanf, Homs, Syria telah diserang oleh kumpulan pejuang Iraq awal pagi tadi.

15. Bolivia telah memutuskan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel berikutan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan regim pengganas zionis Israel ke atas warga Palestin di Semenanjung Gaza.

16. Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khemenei menggesa negara-negara Islam agar menghentikan eksport minyak mentah dan makanan ke negara haram Israel serta mendesak agar dihentikan serangan ganas ke atas Semenanjung Gaza.

17. Jordan, Colombia dan Chile telah memanggil pulang dutanya di negara haram Israel.

18. Jurucakap Pentagon menyatakan bahawa Amerika Syarikat yakin tentera pengganas regim zionis Israel bukan sengaja menyasarkan orang awam dalam serangan mereka ke atas Semenanjung Gaza.

19. Pengarah Pejabat Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia PBB, Craig Mokhiber meletakkan jawatan sebagai memprotes kegagalan organisasinya menghentikan pembunuhan beramai-ramai warga Semenanjung Gaza oleh tentera pengganas regim zionis Israel. Beliau juga mengkiritk media Barat berikutan sikap tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin dan menyumbang kepada krisis di Gaza dengan mengekalkan naratif yang berat sebelah.

20. Presiden Colombia Gustavo Pedro menyatakan jika regim pengganas zionis Israel tidak menghentikan pembunuhan kejam ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, Colombia tidak akan mampu untuk mengekalkan misi kedutaannya di negara haram Israel.

21. Syarikat telekominukasi Palestin Baltel menyatakan telah berlaku gangguan menyeluruh ke atas talian kominukasi dan internet di Semenanjung Gaza.

22. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlaku di bandar-bandar di seluruh dunia seperti di Maghribi, Filipina, Jordan, Amerika Syarikat dan Turkiye.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi

1/11/2023

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles