Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Putik Kapas Ujian PCR COVID-19 Punca Kanser?

Hairan juga ada yang percaya dengan sebaran suara yang mendakwa putik kapas yang digunakan untuk buat saringan COVID-19 itu penyebab kanser!
Isu remeh temeh sebegini pun masih ada yang share dan percaya? Bahkan tukang pembawa berita itu pun tiada kredibiliti langsung dalam bab kesihatan.
Percayalah bahawa mesej itu dakwaan palsu yang tidak mempunyai asas saintifik. Putik kapas yang digunakan untuk buat PCR saringan COVID-19 adalah bahan steril yang tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan kanser. PCR saringan COVID-19 adalah kaedah diagnostik yang selamat dan boleh dipercayai untuk mengesan kehadiran virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Putik kapas hanya digunakan untuk mengambil sampel lendir dari hidung atau mulut individu, dan tidak akan menyebabkan sebarang kerosakan atau keradangan pada tisu-tisu dalaman.
Dakwaan KKM sengaja buat PCR test untuk mempositifkan COVID-19 kepada rakyat Malaysia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan PREJUDIS terhadap pihak berkuasa seperti itu tidak perlu dilayan pun dengan serius. Cuma cukup dengan hanya menjawab bahawa perkara itu adalah tidak benar.
Nasihat saya, lain kali jangan percaya kepada sebarang maklumat yang tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sentiasa semak fakta sebelum berkongsi maklumat.
Dr Suhazeli Abdullah
16/12/2023
Sumber
(2) Garis Panduan Saringan Kanser – Ministry of Health. https://nci.moh.gov.my/index.php/ms/galeri/126-garis-panduan-saringan-kanser.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles