Penjelasan mengenai sel janin, babi atau seumpamanya dalam vaksin COVID-19.

💉Vaksin adalah produk yang berkesan, kurang kesan sampingan serta berkualiti.

🧬Proses pembuatannya terbahagi kepada 2. 

1. Kaedah conventional

2. Kaedah sintetik.

🧬Vaksin yang menggunakan kaedah mRNA seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna menggunakan kaedah sintetik. Di sini tidak langsung melibatkan sel hidup seperti sel manusia ataupun haiwan.

❗️Bagi proses pembangunan vaksin melalui kaedah conventional pula masyarakat perlu memahami bagaimana ianya dibuat.

✅ Ianya telah dijalankan uji kaji secara saintifik dan didapati selamat digunakan serta tiada kesan sampingan yang serius dan berkualiti. Berkualiti di sini bermaksud bahawa produk vaksin itu tulin dan suci dari tapak pembiakan yang digunakan pada peringkat awal.

⏳Proses pembuatan vaksin dilakukan dengan teliti, etika dan di bawah pengawasan yang ketat.

🦠Produk akhirnya adalah hanyalah virus untuk dijadikan bahan asas kepada vaksin.

🧪Penggunaan sel janin ataupun ginjal monyet hanyalah digunakan sebagai tapak untuk membiak virus.

🦠Virus tersebut perlu diternak/biak terlebih dahulu sebelum diambil untuk dijadikan vaksin.

💬Ini adalah proses yang perlu diistiharkan kepada masyarakat bahawa kaedah pembuatan vaksin itu melalui tahap-tahap yang berkenaan.

❌Tapak pembiakan virus tersebut tidak diambil untuk dimasukkan dalam vaksin. 

❗️Tapak pembiakkan virus untuk:

1️⃣ Sinovac: Vero Cell (Ginjal monyet)

2️⃣ AstraZeneca: HEK Cell (Sel Janin).

3️⃣ Sputnik: PER.C26 Cell (Sel Janin)

🔪Kemudian virus tersebut dimatikan atau dipotong-potong untuk dijadikan vaksin. Setelah itu dimasukkan formulasi seperti pemangkin, adjuvan, antibiotik dan lain-lain bahan penstabil.

❗️PRODUK AKHIR VAKSIN TIADA SEL TAPAK YANG TINGGAL. TULIN virus lemah/mati dan bahan  formulasi sahaja.

🦠Proses seperti ini sudah lama digunakan dalam virus vaksin lain seperti virus Rubella. Ianya telah diketahui umum dan tidak ada pertikaian pun.

💦Adalah tidak benar jika ada segelintir pihak yang mengatakan bahawa sel janin dan ginjal monyet ataupun seumpamanya itu dimasukkan ke dalam vaksin.

🙄Jangan cuba kelirukan masyarakat dalam isu ini.

Suhazeli Abdullah

27.1.2021

Tengkawang

Video penerangan: https://youtu.be/AVghGMLOKJ4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...