Lawsuit dalam Pfizer not much an issue in related to vaccine COVID-19.

Lawsuit yang mereka lalui sebelum ini, Mereka telus dan membayar saman yang sepatutnya. Jika terdapat flaws dari product lain pun, semuanya di bawah pemantauan pihak berkuasa. Mereka tidak boleh lepas begitu sahaja. Sebab itu kita semua diikat dengan akta dan regulatori. Inilah integriti dan ketelusan yang wajib dipatuhi oleh setiap syarikat ubat.

Samalah juga kes Syarikat Johnson & Johnson diperintah membayar pampasan berjumlah AS$4.69 billion kerana bedak keluarannya mengandungi asbestos. Tidak bermakna produk-produk lain dari Johnson & Johnson terpalit sama. Kita pun berapa banyak saman ekor pernah kena. Adakah kita dianggap penenayah?

Sama juga dengan Vaksin Comirnaty ini, mereka akan bertanggungjawab. Cuma timbul persoalan kenapa mereka diberi immunity oleh FDA apabila vaksin Comirnaty ini dibekalkan seluruh dunia.

Untuk maklumat, US telah meluluskan Vaccine Act 1986 supaya proses pembayaran pampasan dari AEFI tidak terlalu birokrasi semasa perjalanan mahkamah. Pembayaran pampasan diambil alih oleh kerajaan melalui Vaccine Injury Compensation Programme (VICP) bagi memudahkan proses. Bukan untuk melindungi syarikat pengeluar tetapi proses mahkamah jika syarikat pengeluar yang di saman akan drag lama. Terdapat juga syarikat pengeluar yang menghentikan operasi pengeluaran vaksin akibat di saman. Ini menyebabkan kes Vaccine Preventable Diseases (VPD) meningkat. Satu kerugian kepada negara kerana syarikat pengeluar mengurangkan pembuatan vaksin.

Apa yang berlaku majoriti tuntutan itu tidak dicabar secara detail oleh kerajaan. Cuma timbul repurcussion effect, apabila proses tuntutan pampasan terlalu mudah (generous), jumlah tuntutan didapati meningkat sehingga mencecah $4 bilion. Boleh baca lanjut isu ini website The Atlantic.

Isu ini menarik kerana bukan pampasan sangat yang antivaksin perjuangkan, tetapi memang sejak dari tahun 1750 dahulu kala hingga sekarang, antivaksin tidak memahami kepentingan pencegahan melalui vaksin. Kehidupan mereka hanya nak membantah sahaja. Hakikatnya kerajaan tidak pun menghentikan program imunisasi dalam setiap negara. Hakikatnya juga penyakit-penyakit VPD semakin menurun dan ada yang terhapus dimukabumi. Kita boleh ambil pengajaran dari beberapa buah negara yang cuba menghentikan program imunisasi kebangsaan mereka, kes naik mencanak. Contohnya penghentian vaksin MMR di Jepun 1993, tetapi kes campak semakin meningkat. 1999 Jepun mewajibkan semula vaksin MMR.

Memang menarik isu ini. Ingat 5 taktik antivaksin, salah satunya mereka menabur ketidakyakinan ke atas vaksin yang telah pun melalui proses kajian klinikal yang ketat serta berperingkat. Maka tugas kita meyakinkan kembali mereka melalui fakta kenapa sesuatu akta dan isu itu dijalankan.

Suhazeli Abdullah
16.2.2021
P/s: Viegra keluaran Pfizer tak dak pulak korang bising.

Rujukan:

  1. James Hamblin. Why the Government Pays Billions to People Who Claim Injury by Vaccines. [Access Website] The Atlantic. MAY 15, 2019
  2. Vaccine Confidence Project. Japan: Why Japan banned MMR vaccine. [Access Website]. Published 11 May 2019.
  3. Michelle Llamas. Pfizer. Drug Watch Online.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleSel Janin dan Babi dalam Vaksin COVID-19. Ini jawapannya
Next articleKenapa Vaksin Cepat?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com