Friday, May 17, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Parasit Penyebab Kanser? Anda Kena Tahu!

Sebagai doktor perubatan rasa sedih dan kesian apabila info sebegini disebarkan di dalam group media sosial.

Apabila kita berusaha untuk memberikan kefahaman yang betul dengan menjawab isu sebegini, tetapi sebahagian di dalam kalangan mereka yang mencemuh balik kita. Tak berhenti setakat itu sahaja, mereka menuduh doktor itu memanglah tak akan mempercayai maklumat selain apa yang dia belajar dari Yahudi dan orang-orang kafir Barat. Meleret-leret komen sehingga melibatkan isu peperangan antara palestin dan isnotreal.

Isu pokoknya tidak pula dihuraikan bagaimana meianisma parasit itu boleh menyebabkan kanser. Mungkin mereka merujuk kepada sejenis kanser yang disebabkan oleh cacing Bilharzia yang amat jarang berlaku dalam dunia. Tetapi cacing itupun perlu dirawat dengan menggunakan perubatan moden.

Terdapat satu pemikiran kolot di kalangan mereka yang terus membuta tuli menolak perubatan moden dan terus mempercayai info karut-marut yang dibawa oleh mereka yang tidak berkredibiliti pun di dalam perubatan.

Semoga masyarakat terus terpelihara dari terjebak dengan pemikiran demikian dan wajib mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak yang berwibawa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Tengkawang, Hulu Terengganu, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles