Dua tiga hari ini aku dihujani dengan pelbagai reaksi dari posting sebelum ini (Transfer Factor Lebih Testimoni dari Saintifik?). Beberapa komen membina dan ada juga yang menghina daku terima dari facebook, email dan shoutbox. Terima kasih kembali kepada semua rakan.
Rasanya posting yang aku buat bukannya bernada menghina mana-mana produk. Aku cuma berfikir sendirian dan menulis kerana diterjah dengan satu fakta yang antagonis dengan diri selama ini. Mana pernah aku dengar orang kata dengan mengambil ubat sekian-sekian ‘completely’ Kencing manis hilang dan tak perlu makan ubat hospital. Jika lah benar seperti yang dikatakan itu kenapa KKM tidak masukkan dalam bluebook dan aku boleh prescribe kepada semua pesakit kencing manis dibawah jagaan ku. Sampai ada seorang makcik dah frust dengan ubat yang aku bekalkan setiap bulan. That’s why aku tanya bersendirian dalam blog beberapa soalan tu. Adakah pernah ada dibuat kajian head to head TF tu seperti dalam kes ALLHAT Study atau UKPDS study? Inilah kajian saintifik yang aku maksudkan.
…Sesungguhnya hikmah itu sesuatu yang hilang dari kaum muslimin…maka kejarkanlah.
Comments are closed.