Ada seorang sahabat baik mengesyorkan kepada saya agar mengambil Transfer Factor untuk kegunaan harian. Katanya ia adalah pemakanan tambahan yang boleh merubah sistem pertahanan badan kepada lebih baik. Ini terbukti atas diri beliau sendiri yang sebelum ini mengalami beberapa masalah kesihatan. Amat menakjubkan setelah mengambil Transfer Factor tersebut, segala penyakit kronik yang beliau alami sembuh seratus peratus. Keajaiban ini ditambahi dengan beberapa testimoni dari pengamal perubatan lain yang telah lama berkecimpung dalam penjualan Transfer Factor ini. Saya begitu teruja dan terkejut dengan penemuan yang dinyatakan tersebut.
Selama berbelas tahun dalam pengamalan saya dalam perubatan, dan setelah menjadi seorang pakar, belum ada lagi satu “ubat” yang amat menakjubkan ini dengan hanya mendengar testimoni dari orang…Ada beberapa soalan yang masih bermain dalam benak saya
  1. Jikalah benar seperti yang didakwa, kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia tidak memasukkan Transfer Factor ini dalam blue book?
  2. Tiada kajian saintifik sebenarnya mengesahkan keberkesanan Transfer Factor ini. Dalam website mereka mendakwa 40 tahun berpengalaman dalam kajian dan lebih 3000 kajian telah diajalankan, namun tiada satu pun kajian yang dijalankan mengikut prosedur kajian / metodologi kajian saintifik. Malah kajian yang dijalankan adalah terdapat bias kerana semua kajian ditaja oleh syarikat berkenaan sahaja. Tiada organisasi bebas menjalankan kajian terhadap Transfer Factor tersebut.
  3. Andaikata ia benar berlaku seperti yang didakwa, kenapa ia dijual dalam bentuk MLM? Tidak dijual dalam bentuk pasaran bebas. Keburukan MLM adalah ahli yang memperomosi jualan mereka lebih cenderung untuk mengejar target jualan mereka dan lebih cenderung untuk menokok tambah perkara yang tak sepatutnya. Lebih parah dari itu terkadang memaksa pelanggan membeli barangan mereka.
  4. Testimoni adalah bukan kajian saintifik. Ikuti ulasan lanjut saya dalam posting sebelum ini (Testimoni bukan kajian saintifik dan perubatan berasaskan bukti) .
  5. Jika sekiranya ia sejenis pemakanan tambahan, adakah dia Halal?
Kenyataan saya diatas hampir sama dengan perbincangan yang telah dilakukan oleh Malaysian Medical Resources.
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleKelas Al Furqon Tahun 2 bermula
Next articleKita Mempunyai Hak untuk Berbeza Pandangan
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com