PATUKAN ULAR TEDUNG 

Nasihat saya, jangan berlengah-lengah untuk dapatkan bantuan kecemasan apabila dipatuk ular tedung atau ular. 

Disebarkan dalam media maya satu pokok herba ini: 

Tidak perlulah bersusah payah mencari-cari pokok herba Pokok Ekor Ular. Pokok yang tidak kita ketahui secara sahih khasiatnya ini dibimbangi racun kepada badan kita. Mungkin ianya sesuai bagi sesetengah orang tetapi mabuk (racun) bagi sesetengah orang lain. Berhati-hatilah mengamalkan ‘petua’ atau ‘cerita’ yang tidak diketahui asalnya. 

Sekali lagi saya perturunkan beberapa langkah apabila dipatuk ular: 

1) Bertenang jangan panik. Dapatkan bantuan segera dari klinik, hospital berdekatan atau panggil 999. Jangan berlengah, terus bergerak segera ke unit kecemasan klinik/hospital. 

2) Hadkan pergerakan lengan atau kaki yang digigit, dan jangan banyak gerak agar racun binatang itu tidak menyebar.

3) Lepaskan semua perhiasan yang berada di badan seperti, cincin, gelang, kalung, dan sebaginya, sebelum terjadi pembengkakan. Ini kerana kemungkinan reaksi pertama badan akan menjadi bengkak (eodema).

4) Posisikan diri seboleh mungkin dan usahakan kawasan yang kena gigit/patuk berada lebih rendah dari jantung. Boleh diletakkan belat supaya anggota yang luka minima pergerakannya (Seperti rawatan patah tulang).

5) Bersihkan luka, tapi jangan siram dengan air. Jangan sapu losyen atau ubat traditional.

6) Balut kawasan luka dipatuk dengan kain bersih dan kering.

7) Jangan sesekali ikat ketat anggota yang dipatuk kerana ia boleh menyebabkan darah tidak mengalir. Ini akan menyulitkan lagi rawatan.

8) Jangan menggunakan ais untuk menekan kawasan patukan binatang berbisa/ular.

9) Jangan memotong luka atau mencuba membuang racun dengan cara yang tidak patut seperti menyedut dengan mulut atau seumpamanya.

10) Jangan minum kafein ataupun alkohol bagi mengurangkan kesakitan.

11) Jangan mencuba untuk menangkap binatang berbisa/ular itu, tetapi cubalah untuk mengingat warna dan bentuknya sehingga anda dapat menggambarkannya sehingga akan membantu dalam perawatan nantinya.

Dr Suhazeli Abdullah 

Fb.com/drsuhazeli 

29.9.2017

Kuala Berang 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published.