Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Wajib Pantang 40 hari ke?

Dalam sesi talk show tadi, seorang penonton bertanyakan adakah dia wajib berpantang selama 40 hari selepas beranak? Sedangkan beliau sudah suci dari darah nifas lebih awal. Adakah dia sudah boleh melakukan ibadah dan bersama dengan suami sebelum dari tempoh berpantang? Mengikut pantang orang tua-tua, wajib tunggu 40 hari baru boleh mandi hadas!

Al Fadhil Ustaz Muhammad Hagia menjawab bahawa definisi darah nifas adalah sekurang-kurangnya satu lahzah atau seketika. Tempoh idah atau paling lama darah nifas akan keluar adalah 40 hingga 60 hari. Jika sekiranya darah nifas sudah berhenti sebelum 40 hari, maka dia dikira sebagai suci dan wajib melaksanakan ibadah yang difardukan ke atasnya tanpa merujuk kepada pantang larang orang tua-tua. Jika wanita tersebut nak mengikut pantang-larang orang tua-tua, wajib baginya qodho pada bilangan hari sewaktu suci itu.

Dari sudut perubatan, anatomi dan fisiologi peranakan (uterus) seorang wanita selepas bersalin akan kembali normal, seawal dua minggu selepas bersalin. Manakala kitaran hormon bagi seorang wanita akan berfungsi normal seawal enam minggu selepas bersalin. Dengan syarat dia tidak menyusukan bayi. Jika masih menyusu bayi, kitaran hormon akan boleh berlanjutan sehingga selagi mana bayi menyusu secara eklusif (tetap dan kerap). Biasanya mencecah 2 tahun.

Majoriti wanita yang sudah kering dari darah nifas dan suci. Maka mampu untuk kembali hamil tanpa perlu kedatangan haid pertama selepas bersalin. Kerana fungsi dan fisiologi hormon beliau sudah pulih dan kitaran haid akan menjadi seperti biasa.

Jadi, jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan itu, wanita berkenaan sudah wajib bersuci dan melakukan ibadah tanpa berpantang.

Suhazeli Abdullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles