Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Tutup Pintu Fitnah dalam Pemberian Ubat Anti-HIV (PrEP)

Saya tertarik dengan alasan majlis fatwa bagi menentukan hukum kenapa vape diharamkan. Salah satu daripada justifikasi yang diberikan oleh majlis fatwa adalah untuk menutup pintu-pintu fitnah daripada mudarat yang lebih besar. Maknanya sesuatu itu perlu dicegah lebih awal supaya ianya tidak berpanjangan dan merumitkan untuk diselesaikan. Istilah yang digunakan adalah Saadu Zaraik (سد الذرائع).

Saya teringat dengan isu pemberian ubat anti-HIV (PrEP) secara percuma pada awal tahun ini. Kami dengan lantang mengatakan bahawa pemberian ubat anti-HIV tersebut kepada golongan elgibiti adalah tidak tepat dan perlu dikaji semula. Isu yang paling utama kami utarakan itu adalah jangan membernya kepada golongan yang masih negatif HIV tetapi melakukan aktiviti songsang bukan dengan pasangan yang sah.

Dengan pemberian ubat anti-HIV itu kepada mereka menjadi salah satu daripada kaedah untuk mereka terus melakukan maksiat dengan rasa selamat dan bebas. Ianya seoalah-olah digalakkan oleh golongan profesional untuk mereka bermaksiat sehingga ke akhir hayat.

Walaupun mungkin kita berjaya untuk menurunkan statistik HIV dalam negara, tetapi melalui keadah tersebut kita akan jatuh kepada fitnah-fitnah yang lain lagi yang lebih besar. Sebagai pengamal perubatan Muslim kita yakin bahawa sesuatu yang diharamkan oleh syarak itu sudah pasti mempunyai hikmahnya tertentu yang tidak terjangkau oleh fikiran kita. Walaupun dari satu sudut adalah untuk menghalang sesuatu penyakit tetapi ia akan menemukan beberapa penyakit lain, yang mungkin pada masa depan lebih parah lagi. Terutama sekali apabila ia melibatkan kesongsangan moral dan akhlak seperti golongan elgibiti tersebut. Ironinya ianya digalakkan oleh kita untuk mereka meneruskan aktiviti yang terkutuk itu atas dasar tiada diskriminasi dalam etika perubatan. Secara tidak langsung kita mula mengiktiraf mereka itu wujud dalam negara dan perlu disantuni. Sejengkal demi sejengkal kita dihimpit untuk terus memperjuangkan hak mereka. Sedangkan undang-undang negara tidak sesekali mengiktiraf mereka.

Kita sudah pun melihat sendiri apa yang berlaku di Sepang beberapa hari yang lalu. Dek kerana memberi peluang kepada golongan yang berkenaan untuk bercium mulut di khalayak ramai, negara kita sudah hilang jati diri. Sudahlah tidak ada akhlak dan terus menghina undang-undang yang sedia ada dalam negara, wewenangnya.

Apa pun syabas kepada kerajaan yang telah pun mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Namun ianya menjadi satu amaran dan pengajaran kepada kita bahawa kena berhati-hati dalam memberikan sesuatu ruang kepada golongan ini samada konsert ataupun memberi ubat-ubatan yang menggalakkan mereka melakukan aktiviti maksiat mereka di depan mata kita sendiri.

Sebab itulah sesuai dengan istilah Saadu Zaraik (سد الذرائع) ini, supaya kita jangan sesekali membuka pintu-pintu fitnah ini terus berleluasa di dalam negara kita.

Suhazeli Abdullah
26/7/2023
#SisiPandang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles