Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Kronologi isu cecair Nikotin

Nikotin adalah sejenis racun yang sebelum ini diletakkan di bawah Akta racun 1952. Cuma pindaan Akta racun tersebut telah dibuat beberapa pindaan dengan mengecualikan nikotin yang terdapat secara semulajadi di dalam rokok (tembakau) atau dimasukkan di dalam ubat gantian merokok seperti penggunaan nikotin berbentuk gam ataupun tampal (patch).
Sejak dari dahulu lagi Lembaga Racun Negara berkeras tidak mahu membenarkan pengecualian nikotin dalam bentuk cecair kerana yang mungkin boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dan konsentrasi dalam bentuk cecair adalah tinggi yang boleh menyebabkan mudarat yang besar kepada kesihatan manusia.
Namun oleh kerana Belanjawan bagi tahun 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-10 meletakkan vape boleh digunakan dengan syarat ianya dikenakan cukai. Di sinilah timbul pengguna vape yang mempunyai nikotin itu perlu di bawah Akta mana? Bagi nikotin semulajadi yang terdapat di dalam rokok ianya telahpun di kawal di bawah Akta makanan 1984 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Manakala nikotin dalam bentuk gam dan patch ianya boleh dikawal di bawah Akta ubat Terkawal yang hanya boleh di preskripsi oleh doktor sahaja. Tetapi untuk mengenakan cukai bagi cecair nikotin tidak ada satu Akta kawalan setakat ini.
Sepatutnya kerajaan membentangkan dahulu Akta kawalan vape termasuk GEG yang telah pun dibentangkan oleh kerajaan terdahulu oleh Mantan YB Khairy Jamaluddin. Tetapi Akta kawalan vape dan GEG  tersebut tidak dapat diluluskan kerana parlimen telah dibubarkan.
Masalahnya sekarang kerajaan telah pun meluluskan mengeluarkan cairan nikotin itu dalam jadual pertama Akta racun 1952 yang sudah tentu hanya melalui tandatangan menteri sahaja. Ianya adalah di luar daripada kebiasaan kerana setakat ini cecair nikotin itu masih belum ada lagi akta induk yang perlu diikat untuk mengawalnya. Bahkan Lembaga Racun Negara yang terdiri dari pakar-pakar (Pembentukan ahli LRN ini termaktub di dalam akta Racun 1952) sebulat suara menolak pengeluaran Cecair nikotin dan gel tersebut selagi akta kawalan vape tidak diluluskan. Inilah yang berlaku sekarang menyebabkan ramai profesional perubatan tidak puas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan secara terburu-buru itu.
Adakah pengecualian nikotin dalam jadual pertama Akta racun 1952 itu perlu dipinda atau tidak? Memang akhirnya ianya perlu dipinda, tetapi ia perlu ada satu akta induk yang mengikatnya. Akta Vape & GEG perlu ada dahulu, baru boleh ubah akta racun. Mana boleh kita lepaskan harimau tanpa perlu diikat dan dikawal?

Maklumat secara tidak rasmi diperolehi kerajaan berbuat demikian kerana semata-mata ingin dapatkan duti Eksais cukai. Di mana ianya boleh menguntungkan banyak pihak terutama sekali industri rokok di dalam negara kita. Apabila cukai dikenakan terhadap cecair nikotin yang terdapat di dalam vape sudah tentu harga penjualan vape akan meningkat dan di sini syarikat-syarikat rokok conventional akan mencapai keuntungan mereka. Inilah mainan industri yang telah mula memasuki negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles