Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Keputusan Mahkamah Rayuan kes beri Ivermectin

Isu yang hangat dibincangkan di zaman COVID-19 satu ketika dahulu adalah pemberian Ivermectin dikhususkan kepada untuk mencegah COVID-19 atau untuk merawat COVID-19.

Kita tidak mempertikaikan pemberian IVM itu kepada indikasi yang dibenarkan seperti digunakan sebagai ubat cacing. Kita tak ada masalah tentang itu.

Yang hangat dibincangkan sehingga dibawa kepada mahkamah tu adalah pemberian Ivermectin untuk mencegah ataupun merawat COVID-19.

Sedangkan sudah pun dikeluarkan kenyataannya oleh FDA dan KKM bahawa IVM bukan indikasinya untuk merawat COVID-19. Itu yang perlu difahami.

Ivermectin adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan parasit dan penyakit kulit pada manusia dan haiwan.

Ia tidak diluluskan oleh FDA atau WHO untuk rawatan atau pencegahan COVID-19 kerana tidak ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan keberkesanannya atau keselamatannya untuk tujuan ini. Beberapa ujian klinikal dan kajian pengamatan telah menilai penggunaan Ivermectin untuk COVID-19, tetapi hasilnya tidak meyakinkan dan mempunyai had-had tertentu.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan ujian klinikal rawak terkawal terbuka pelbagai pusat untuk menguji keberkesanan ivermectin pada pesakit COVID-19 berisiko tinggi.

Walaubagaimanapun, sehingga data yang lebih banyak tersedia, ivermectin hanya harus digunakan untuk COVID-19 dalam konteks penyelidikan, sebagai sebahagian daripada ujian klinikal.

Mengambil produk ivermectin yang diluluskan untuk haiwan boleh menjadi berbahaya dan menyebabkan kerosakan serius pada manusia.

IVM pun bukan satu ubat yang haram pun. Malah ianya boleh dibeli dengan harga murah. Cuma sekali lagi kita tegaskan bahawa tiada indikasi untuk memberi ubat IVM terutama sekali untuk mencegah dan merawat COVID-19.

Perbicaraan kes pun masih lagi perjalanan, jadi kita tunggulah keputusan yang terakhir nanti.

Kami dari sudut perubatan memang jelas bahawa Ivermectin tidak ada rujukan saintifik yang sahih dan kuat (buat masa ini) untuk diberikan kepada masyarakat bagi mencegah atau merawat COVID-19.

Suhazeli Abdullah
27/8/2023

Rujuk

Noor Hisham Abdullah. Ministry of Health Malaysia starts Ivermectin trial for high risk COVID-19 patients (I-TECH Study). June 5, 2021.
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/moh-starts-ivermectin-trial-for-high-risk-covid-19-patients?ssp=1&setlang=en-MY&safesearch=moderate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles