Tadi semasa sesi konsultasi di klinik bersama seorang pesakit kencing manis yang selalu tidak terkawal gulanya. Pendidikan kesihatan berkaitan dengan kencing manis diberikan berserta dengan komplikasi yang mungkin timbul jika beliau berterusan bacaan gulanya merah dalam kad kencing manis. Beliau nampak tak terkejut pun sebab belum lagi kena satu pun pada beliau. Tetapi jika diberi pilihan untuk kena komplikasi, beliau memilih untuk serangan jantung terlebih dahulu. Sebab kalau kena serangan jantung, terus mati tak perlulah bersusah payah berulang alik ke klinik untuk dapatkan ubat ataupun rawatan lanjut seperti dialisis dan seumpamanya.

Berikut adalah ranking ketakutan kebanyakan daripada mereka apabila disebut berkaitan dengan komplikasi Kencing Manis.
Semua komplikasi kencing manis adalah serius dan boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang. Namun, beberapa komplikasi yang mungkin dianggap lebih menakutkan oleh beberapa orang termasuk:
1. Kegagalan buah pinggang: Ini boleh menyebabkan keperluan untuk dialisis atau transplant buah pinggang.
2. Serangan jantung: Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
3. Kebutaan/Katarak: Kencing manis boleh menyebabkan masalah penglihatan dan pada akhirnya kebutaan.
4. Angin Ahmar (strok): Kencing manis meningkatkan risiko strok.
5. Mati pucuk (impotent): Ini boleh mempengaruhi kehidupan seksual seseorang.
Namun, penting untuk diingat bahawa dengan pengurusan yang baik, risiko komplikasi ini dapat dikurangkan. Oleh itu, adalah penting untuk mengikuti nasihat doktor anda dan menjaga kesihatan anda sebaik mungkin.
Suhazeli Abdullah
27/9/2023
