Sunday, April 28, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Vape akan di seludup

Ada sekumpulan persatuan Kedai Kopi membuat alasan untuk kerajaan tidak buat lagi GEG kerana kononnya kalau buat akta yang menyekat penggunaan Vape dan GEG menyebabkan rokok seludup akan makin banyak dalam negara kita. Dalam erti kata lain mereka tak setuju GEG ini diadakan sekarang kerana terlalu drastik untuk menyekat penggunaan vape di kalangan anak remaja kita. Mereka juga mengesyorkan supaya kerajaan tangguh dulu sikit bagi memberi peluang kepada rakyat supaya lebih faham mengenai bahaya menggunakan vape.
Pelik juga pemikiran lagu tu.
Sepatutnya kalau akta Vape dan GEG ni diadakan sekarang bertujuan mengurangkan jumlah penggunaan vape dan rokok dalam satu tempoh menjelang 2030. Jika asyik berlengah, akan makin membarah.
Isu rokok seludup ni timbul akibat daripada permintaan yang tinggi dari pengguna. Apabila adanya permintaan, tetapi bekalan kurang maka di situlah penjual akan guna rokok seludup. Kalau fikir logik memanglah rokok seludup akan meningkat setahun dua ni. Tetapi kita perlu ingat dalam jangka masa yang panjang, jumlah perokok dan pengisap vape (kalau tidak disekat sekarang) juga akan makin meningkat. Ditambah pula dengan nikotin sudah pun dikeluar dari akta racun dan kerajaan membenarkan syarikat-syarikat besar daripada China untuk membuka kilang-kilang vape atas dasar pelaburan!

Adakah kita tidak merasai bimbangnya fenomena ini akan terus berlanjutan dan memudaratkan lagi anak muda kita?

Kita wajib belajar dan ambil iktibar daripada Akta rokok melalui Akta kawalan tembakau sejak dari tahun 2004 lagi. Begitu juga dengan fatwa pengharaman rokok 1995 lagi, tetapi setiap tahun jumlah perokok makin meningkat. Walaupun cukai rokok juga meningkat dan akta ketat digunakan, rokok-rokok seludup tetap ada.
Isu rokok seludup ini bukan perlu dikaitkan dengan akta vape dan GEG sahaja, tetapi ia perlu diperketatkan lagi melalui Penguatkuasaan samada kastam ataupun polis yang bertegas menangkap orang-orang yang menyeludup barang haram itu.
Kita bertegas dalam isu ini semata-mata ingin menjaga generasi kita supaya tidak semakin parah dengan ketagihan rokok dah vape, bukan untuk menyelamatkan industri-industri rokok dan juga penyangak yang menyeludup barang haram tersebut.
Suhazeli Abdullah
9/6/2023
Dungun
#KitaWait&See samada kerajaan nak ikut penjual kopi atau ikut kehendak rakyat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles