Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Dr Chinda Brandolino dan Dakwaan Palsu tentang Vaksin dan Transhuman

Kalaulah cucuk vaksin Covid-19 itu menyebabkan manusia bertukar jadi Transhuman, bagus juga kan? Transhuman itu sejenis makhluk yang menyerupai manusia tetapi mempunyai kemampuan yang melebihi daripada manusia biasa, seperti kecerdasan, kesedaran, kekuatan, atau ketahanan yang lebih tinggi.

Konsep Transhuman itu masih diperingkat fiksyen dan hanya khayalan para saintis sahaja. Contoh filem Transhuman adalah cerita Matrik. Setakat ini tiada lagi manusia yang sehebat cerita-cerita Transhuman itu. Kalau ada, memang bertuah lah kita semua yang telah divaksinkan ini. Andai kata Transhuman itu berubah jadi zombi pun, masih tidak berlaku! Hanya khayalan sahaja.

Jadi, memang mengarut dan tidak berpijak di bumi nyata jika dengan cucuk vaksin Covid-19, kita semua akan jadi Transhuman. Namun ada juga yang percaya kepada sebaran video seorang doktor Argentina yang bernama Dr Chinda Brandolino.

Doktor Chinda itu terkenal dengan pandangan-pandangannya yang menentang vaksin dan menyebarkan maklumat salah tentang COVID-19 dan isu-isu kesihatan lain. Beliau juga merupakan seorang aktivis penganut teori konspirasi yang berkaitan dengan “New World Order” dan “gender ideology”. Beliau sering memberi ceramah dan menulis buku tentang topik-topik yang beliau percayai, tetapi tidak disokong oleh bukti saintifik atau diterima oleh komuniti perubatan.

Dakwaan beliau bahawa vaksin akan menyebabkan perubahan genetik atau transhuman adalah tidak benar dan tidak berasaskan bukti saintifik. Vaksin yang menggunakan teknologi mRNA, seperti Pfizer, tidak dapat bersatu dengan DNA manusia atau mengubah kandungan genetiknya. Vaksin hanya berfungsi untuk menghasilkan protein yang dapat merangsang sistem imun untuk melawan virus. Dakwaan bahawa vaksin mengandungi bahan logam yang dapat menarik magnet juga adalah palsu dan tidak logik.

Lain kali jangan percaya dan sebar maklumat yang karut marut kerana akan menyebabkan masyarakat makin keliru.

Suhazeli Abdullah

Sumber:
(1) FALSE: A video where the doctor Chinda Brandolino and the doctor …. https://www.poynter.org/?ifcn_misinformation=a-video-where-the-doctor-chinda-brandolino-and-the-doctor-leonardo-gonzalez-bayona-from-the-group-doctors-for-the-truth-say-several-statements-about-the-coronavirus.
(2) Dr. Chinda Brandolino, the Far Right and Disinformation in Argentina. https://iranwire.com/en/special-features/68758/.
(3) CHINDA BRANDOLINO :: Sapientia. https://www.sapientia.org.mx/chinda-brandolino/.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles