Saturday, May 18, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Iklan Produk LULUS KKM: Satu Penipuan dan Kekeliruan.

Tak perlu kelirukan masyarakat dengan mempamirkan surat notifikasi dari KKM seperti ini. Surat ini nak beritahu bahawa produk itu dikelaskan di bawah kategori makanan, bukannya ubat-ubatan.
Maksud TIDAK DIKAWAL itu;
1. Produk berkenaan tidak dimasukkan dalam kategori ubatan seperti ubat terkawal lain. Maknanya ianya bukan ubat untuk merawat tetapi ia makanan.
2. Tidak mengesahkan bahawa produk tersebut selamat digunakan atau berkesan seperti mana mengikuti ciri-ciri ubat-ubat yang terkawal yang lain. Biasanya produk berkenaan tidak pun memasuki metodologi kajian yang sebenar. Tidak sempurna melalui fasa-fasa kajian praKlinikal dan klinikal.
3. Pengkelasan produk pemakanan ini tertakluk kepada Akta pemakanan 1983 dan juga Akta Pengiklanan 1956. Antara syarat utama adalah produk makanan bukannya ubat dan tidak boleh mendakwa bahawa ia boleh mengubati, merawat, menyembuhkan sesuatu penyakit. Ianya sekadar pemakanan yang mengandungi zat-zat tertentu digunakan sebagai umum pemakanan manusia.
4. Dalam tempoh tertentu produk berkenaan akan dipantau oleh unit penguatkuasaan KKM untuk melihat samada produk tersebut mematuhi syarat akta atau tidak. Kebiasaannya juga produk tertentu itu mengandungi bahan-bahan terlarang yang lain dimasukkan tanpa pengisytiharan oleh syarikat pengeluar. Antara bahan terlarang yang biasanya dimasukkan oleh syarikat pengeluar adalah Sibutramin bagi produk kurus, Merkuri bagi produk kecantikan dan Sildenafill bagi produk kuat lelaki.
Masyarakat diminta jangan mudah terpengaruh dengan iklan sebegini yang boleh mengelirukan.
Dr Suhazeli Abdullah
8/9/2023
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Tengkawang, Hulu Terengganu, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles