Perkembangan perubatan begitu pesat sekali. Sejak dari kegemilangan perubatan Islam zaman Rasulullah dan khilafah Islam, hingga kini banyak perubahan yang berlaku. Semuanya menjanjikan kebaikan kepada ummat. Namun isu-isu baru perlu dikupas sebaik mungkin oleh para cendikiawan samada pakar perubatan mahupun pakar agamawan.
Isu-isu perubatan sama ada dari segi falsafahnya, dari segi kaedahnya bagaimana rawatan dijalankan, bahan-bahan perubatan yang digunakan dan bagaimana ianya di warwar pada masyarakat sentiasa menjadi antara perkara yang dapat mempengaruhi sesuatu komuniti, sama ada diperingkat setempat atau pun diperingkat yang lebih besar sehingga ke peringkat nasional. Sebagai masyarakat yang berpegang kuat kepada nilai-nilai dan pandangan Islam di dalam menjalankan aktiviti seharian, isu-isu perubatan sudah tentulah tidak terlepas daripada kaca mata Islam. Hampir setiap tahun akan ada persidangan-persidangan Fiqh Perubatan dianjurkan di Negara kita Malaysia.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) berbesar hati untuk menganjurkan satu Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan dari Perspektif Islam di TH Hotel & Covention Center, Kuala Terengganu di bawah tema ‘Islamic Medicine: Past, Present and Future (Perubatan Islam Merentasi Zaman)’.
PAPISMA berusaha untuk membawa persidangan akademik seperti ini lebih dekat dengan jiwa masyarakat dengan menganjurkannya diluar daripada pagar universiti serta berusaha mencari penaja dan penganjur bersama agar kos dan yuran yang lebih rendah dapat diberikan supaya lebih ramai anggota masyarakat dapat turut serta menyertai dan mengambil faedah daripadanya.
Jumpa di sana pada 15 hingga 17 September 2017
Justeru, konferens ini memberi ruang kepada cendikiawan bagi mengalirkan keilmuan mereka seterusnya digunapakai dalam kehidupan seharian ummat kini.
Dr Hj Awisul Islah Ghazali
Pengerusi Persidangan Perubatan Nusantara 2017
Daftar segera di http://conference2017.papisma.org/
