Berita Palsu Kesan Vaksin
Bagaimana berita palsu tersebar dan akhirnya fitnah dibuat?
Mula-mula seseorang post video yang tak diketahui kisah sebenar, minta ahli group buat pengesahan apa sebenarnya berlaku.
Kemudian ahli group sesama komen dengan pelbagai andaian. Tetiba ada seseorang yang memang tak suka dengan pemberian vaksin KKM sekarang ni membuat tohmahan dengan yakin bahawa kejadian itu selepas beri vaksin. Anak-anak pelajar kita telah dipaksa bla bla bla. Disambung lagi dengan maki hamun doktor-doktor yang terlibat dengan pelbagai perkataan diluar adat ketimuran Islam.
Perbincangan itu di share oleh ahli-ahli group yang tak tahu hujung pangkal ke group lain yang mereka sertai. Maka tersebarnya fitnah dan dosa.
Inilah bentuk amaran yang disebut oleh Rasulullah SAW. Hadis diriwayatkan oleh Hafs bin Asim RA, sabda Nabi SAW:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya: Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun) – Riwayat Muslim
Semoga kita semua dijauhi budaya ini.
DrS
