Pesakit: Varian Omicron tu tak bahaya kan doktor? Kalau kena pun tak akan masuk wad ICU? Jadi baik kita biarkan diri kita dijangkiti varian Omicron. Dapat antibodi semulajadi. Kan doktor?

Doktor: Bagaimana awak boleh sahkan dapat dijangkiti varian Omicron? Kalau varian delta lagu mana? Atau varian asal? Virus tu tak nampak. Satu lagi, kesan dan komplikasi COVID-19 pada kanak-kanak boleh jadi teruk sehingga berbulan-bulan lamanya. Sanggup ke nak tanggung? Baik ambik vaksin. Walaupun ada kesan sampingan, tetapi majoritinya minima. Jika serius sekali pun masih dapat diuruskan oleh doktor. Semuanya kembali pulih dalam tempoh yang singkat.

DrS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBerita Palsu
Next articleBerita Palsu Kesan Vaksin
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com