Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Bayangkan 100,000 Pengusaha Vape 5 Tahun Mendatang

Bayangkan pengusaha Vape pada 5 tahun akan datang. Selepas lebih 5 tahun vape masuk dalam Malaysia, industri vape tumbuh seperti cendawan tanpa kawalan sehingga wujudnya 50,000 pengusaha industri itu. Merekalah yang menjadi agen kepada 307,000 remaja yang sekarang ini menjadi penagih tegar vape dalam negara.
Andaikata Vape tidak dikawal sekarang, industri itu akan terus berkembang. Bayangkan kalau sekali ganda industri tersebut maju dalam tempoh 5 tahun akan datang, seramai lebih setengah juta remaja baharu akan direkrut menagih Vape.
Jika alasan mata pencarian dan ekonomi pengusaha Vape itu perlu dijaga, kenapa setengah juta anak-anak remaja kita yang akan rosak dan punah akibat vape tidak dibela? Mana yang lebih utama?
Sehingga pertengahan 2023, sudah seramai 20 orang yang rosak paru-paru akibat dari vape (EVALI). Kos merawat mereka yang cedera itu mencecah lebih dari RM150,000. Itupun tidak termasuk lagi kos-kos lain perubatan dan bukan perubatan.
Adakah kita nak tunggu sehingga penagih vape ini bercambah luas sebelum sesuatu yang tegas diusahakan kerajaan bagi mengekangnya?
Suhazeli Abdullah
11/10/2023
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles