Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 Merupakan satu dokumen memberikan perlindungan kepada kanak-kanak daripada: pengabaian, penderaan, eksploitasi dan jaminan kanak-kanak mendapat haknya termasuk perkembangan sihat kanak-kanak.
Begitu juga 10 Hak Asasi setiap zuriat oleh Prof Dr Abdel Rahim Omran, seorang sarjana terkemuka Universiti Al Azhar pernah menulis dalam bukunyaa `Family Planning in the Legacy of Islam’ (1992), antaranya menyatakan anak-anak berhak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan dan jaminan keselamatan masa depan.
Semua kita mengakui merokok dan vape membahayakan kesihatan. Justeru menjadi tanggungjawab kerajaan yang menjaga amanah mereka bagi menjamin keselamatan dan kesihatan zuriat keturunan bangsa dari terus punah.
Hak Asasi anak-anak adalah bebas dari asap rokok!
Bukannya hak asasi mereka merokok atau vape! Jika kita orang dewasa yang waras, takkan tak dapat fikir asas mudah seperti ini? Merosakkan diri dan tubuh badan dengan hisap vape ataupun rokok adalah bukan hak asasi tetapi, menzalimi diri.
Suhazeli Abdullah
11/10/2023
