Beginilah selalunya perangai mereka. Duk kutip cerita entah dari mana dan diangkat sebagai “pejuang kebenaran”. Padahal, mereka sendiri masih kabur. Akhirnya membentuk budaya yang tidak sihat di kalangan mereka. Engkar nasihat doktor, hasut pesakit supaya keluar wad dengan risiko sendiri dan mengambil ubatan yang tidak terbukti pun dari kajian perubatan.

Apabila pakar cuba menerangkannya, mereka masih lagi berdolak dalih. Tidak puas hati whatsoever. Apa sebenarnya niat mereka?

Terkadang, penerangan pakar dan KKM mengenai sesuatu isu itu hanya ibarat mencurah di daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Buat habis karan duk layan. Masa pun habis, tenaga pun habis duk bertekak.

Kami masih banyak kerja lain lagi yang nak di buat.

Boleh baca komen Finaz..

‘False negative’ memang sudah lama wujud.

KKM sendiri akui daripada 100 individu yang disaring, berkemungkinan 10 daripadanya mendapat keputusan negatif walaupun individu berkenaan sebenarnya dijangkiti COVID-19.

KP Kesihatan berkata  ‘false negative’ itu terjadi kerana tempoh inkubasi di mana kandungan bilangan virus adalah rendah ketika Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag).

Sebab tu jika kita Kontak Rapat walau keputusan Negatif kita masih kena kuarantin untuk 12-14 hari.

KEMALANGAN NAMUN MATI SEBAB COVID-19

Ya, situasi ini juga wujud.

Di Kulim baru-baru ini, seorang penunggang motosikal mengalami kemalangan & patah kaki.

Namun beberapa hari selepas itu beliau meninggal dunia akibat Covid-19.

Ia berikutan sewaktu dirawat di hospital baru diketahui beliau positif Covid.

Dan beliau meninggal dunia disebabkan covid bukan disebabkan patah kaki akibat kemalangan.

Ya, memang mengelirukan.

Pakar pun keliru.

Apatah lagi kita yang kurang ilmu berkenaan perkara ini.

Disebabkan itu saya amat menyarankan RUJUK PAKAR ILMU SEBENAR SEBELUM MEMAHAMI ISU IKUT SUKA HATI KITA.

#betruthfulnotneutral 

#analisisfinazyunus

https://www.facebook.com/1039431901/posts/10224232938304686/?d=n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...