Siapa Dajjal?
Kenapa antivaksin asyik tuduh KKM dan ulama yang sokong vaksin itu agen dajjal? Begitu mudah betul melabel orang lain jadi kafir dek kerana tak suka dengan vaksin.
Ingatlah, tuduhan fitnah akan terbalik kepada diri sendiri di zaman yang penuh dengan fitnah ini.
Saya percaya dajjal akan wujud kerana hadis menyebut hal itu. Tak percaya akan wujudnya dajjal adalah tidak beriman dengan Nabi SAW.
Cuma siapa dajjal? Boleh rujuk huraiannya oleh alim ulama.
Saya ambil huraian oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
Maka dinamakan sebagai dajjal adalah kerana sifat dustanya dan penuh dengan penipuan. (Rujuk Faidh Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 3/120).
Kesimpulannya, berdasarkan apa yang telah dinyatakan, hadis tersebut bukan bermakna dajjal itu adalah ramai. Dajjal yang disebut sebagai Al-Masih itu seorang yang akan muncul pada akhir zaman sebagai tanda hampirnya kiamat. Dajjal yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah bersifat umum yang bermaksud penipu, pembohong dan pendusta yang suka menyebarkan pembohongan sehingga dipercayai oleh ramai orang.
Sekali lagi saya ulang, dajjal itu individu bukannya organisasi atau persatuan. Ciri-ciri dajjal pun banyak dijelaskan dalam hadis-hadis sahih.
Semoga Allah memberikan kefahaman dan menjauhkan kita dari menjadi dajjal-dajjal kecil. Nasihat ikhlas saya, berhati-hatilah share apa sahaja artikel yang kita sendiri tidak tahu menahu tentang sesuatu. Dibimbangi kita kan terjerumus dangan perbuatan dosa yang berterusan.
Terdapat sebuah hadis diriwayatkan oleh Hafs bin Asim RA, sabda Nabi SAW:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya: Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun) – Hadis Riwayat Muslim
Wallahualam
Link utk dibaca lanjut https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/4521-al-afkar-109-dajjal-seorang-atau-ramai
