Posts

Perubatan Moden Vs Islam

Paling kurang tiga kali saya mendengar syarahan dari Sahibussamahah Dato Dr Zulkifly Muda, mufti Terengganu yang menegaskan bahawa perubatan moden itu adalah perubatan Islam. Istilah perubatan Islam yang hanya meletakkan bacaan doa syifa dan sebagainya itu sebagai penyalahgunaan istilah kerana ianya juga adalah salah satu cara berikhtiar melalui doa. Bahkan perubatan moden juga mempunyai asas […]

Bekam 

​BEKAM . Pernah satu ketika saya ditanya oleh seorang rakan berkaitan dengan Bekam. Antara soalannya adalah: Adakah doktor Yakin bahawa Tiada Kajian Pernah Dilakukan Terhadap Keberkesanan Bekam dalam Menurunkan Gula Dalam Darah? Atau Dr Tidak Mengetahui Akan Kajian Demi Kajian Telah Dilaksanakan Oleh Penyelidik Luar Negara antaranya Universiti of Western Cape keberkesanan Bekam Menurunkan Paras […]

Ubatan Moden Hanya Kajian Saintis

Ramai saya lihat gambar yang memetik kata-kata Dr Alan Greenberg ini dikongsi dalam media sosial. Majoriti yang beria-ria share gambar itu terdiri dari mereka yang antivaksin, anti-perubatan moden, penjual produk kesihatan dan pengusaha perubatan alternatif. Sengih sampai ke telinga geng-geng tu dan share gambar Dr Alan merata-riti. . Saya dapati intipati ucapan Dr Alan ini […]

​Kanser: Perubatan Moden vs Sunnah

Oleh Istisyhad Eliyana | Pengidap Kanser dalam rawatan  Beberapa kali saya menulis dan memadam tulisan ini kerana saya bimbang lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.  Namun setelah melihat kesedihan, harapan dan tekanan oleh pesakit lain,  saya rasa saya mahu teruskan. Sebelum itu saya meminta maaf sekiranya tulisan kali ini bukan apa yang anda mahu baca, atau […]

Sakit Kronik dan Ubat Ajaib

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim. (5 Februari 2017) “Kalau buah pinggang kecut masih boleh diubati! Produk kami ni mampu menghidupkan kembali sel-sel buah pinggang awak. Nanti selepas beberapa ketika buah pinggang awak akan kembang balik.” Itu antara janji seorang penjual produk ajaib kepada saya dahulu. Setahu saya buah pinggang adalah anggota kekal seperti tangan, […]

Agenda Jahat dalam Industri Perubatan Moden?

Saya diminta mengulas satu artikel dari blog yang bertajuk Agenda Jahat dalam Industri Perubatan Moden. Awalnya saya berbincang dengan rakan-rakan, agar tidak perlulah melayan blog picisan tersebut.[1] Tetapi semakin ramai para netizen dan pengguna media sosial lain share. Mereka share demi untuk dapatkan kepastian dari pihak berwibawa, adakah benar tulisan tersebut? Jika saya menjawab isu […]