Asas pembuktian (EB) bukan lah sesuatu yang asing dalam kehidupan. Ianya menjadi mata rantai dalam setiap sesi pergaulan kita sesama manusia. Begitu juga hidup beragama, EB ini menjadi pegangan utama dalam mengamalkan syariat.
.
Apabila ada orang persoal kita kenapa kita solat, jawabnya ada bukti al Quran dan hadis menyuruh kita solat. Begitulah juga dalil mengeluarkan zakat, tunai haji dan sebagainya. Semuanya ini perlu bukti dari Al Quran dan hadis ikmak ulama dan quad yang wibawa.
.
Begitu juga penglibatan dalam perhubungan manusia. Jika sesorang itu dituduh mencuri, pihak yang mendakwa wajib kemukakan bukti. Bukti itu mesti kukuh dan bukan direka-reka. Berapa jumlah curian, di mana, bila waktunya dan siapa saksi? Dakwaan mesti lengkap. Jika sekadar dakwaan di ambil dari tulisan blog, akhbar-akhbar tabloid, dengar-dengar percakapan orang, pengakuan yang berat sebelah atau individu yang tidak thiqah (diragui kebolehpercayaannya), maka sesuatu dakwaan itu boleh dengan mudah dibuang oleh mahkamah.
.
Asasnya adalah evidence based. Jual beli ada EB, nikah kahwin cerai ada EB, nak tunai haji ada EB, nak buat qurban lembu kambing kena ada EB dan sebagainya lagi.
.
Dunia perubatan pun begitu. Evidence Based Medicine (EBM) akan menjadi asas kepada setiap penentuan untuk memeriksa, merawat, berubat dan memberi khidmat nasihat konsultasi. Hatta kelahiran bayi itu satu proses yang natural sekalipun, jika terdapat indikasi perlu dibedah berdasarkan EBM, carta bayi berkeadaan demikian, maka pembedahan adalah mandatori. EBM bukan bermakna 100% tepat, tetapi majoritinya melepasi tahap keyakinan kita bertindak demikian.
.
EBM bukan juga muncul lepas perang dunia kedua, atau selepas Renaissance (kebangkitan Barat) kurun ke 15, tetapi ianya telah dipelopori semasa kegemilangan zaman pertengahan Islam (Abad ke 5 hingga 15) lagi.
.
Pada abad ke-10, Al Razi (Rhazes) memperkenalkan eksperimen berkawal dan pemerhatian klinik ke dalam bidang ubat, dan menolak pelbagai teori-teori Galen yang belum disahihkan melalui ekperimen. Eksperimen terawal perubatan dijalankan oleh Razi supaya dapat mencari tempat yang terbersih untuk membina sebuah hospital. Dia menggantung ketulan daging di tempat-tempat sepanjang Baghdad dan memerhatikan di mana daging mereput secara kurang cepat, di situlah hospital terbina. Al Razi juga yang menemui serta mengkaji sistem imunisasi setelah ekperimen beliau menemui kuman campak dan kuman cacar. Sejarah ini tercatat dalam dunia EBM hasil penciptaan mikroskop yang pertama oleh Ibnu Al Haytham.
.
Ibnu Sina dianggapkan bapa perubatan moden, dengan pengenalan eksperimentasi teratur dan kuantifikasi ke dalam kajian fisiologi, pengenalan ubat bereksperimen, percubaan klinikal, analisis faktor risiko, dan gagasan suatu sindrom dalam diagnosis pada penyakit. Ensiklopedia perubatannya, Kanun Perubatan (Tahun1025), yang juga adalah buku pertama yang menguruskan dengan ubat berasas-bukti (EBM), kajian kawalan random, dan ujian-ujian keberkesaan sesuatu bahan.
.
Serta ramai lagi tokoh-tokoh sarjana perubatan yang memodenkan ilmu dalam Islam.
.
Oleh yang demikian, selalu kami titipkan dalam setiap tulisan bahawa pendakwaan sesuatu bahan, konsep atau kaedah berubat itu perlu lah dibawa bukti jelas terlebih dahulu. Bukan Bermkana kami ego, sombong atau angkuh, tetapi inilah budaya ilmu yang dibawa sejak zaman kegemilangan Islam zaman pertengahan lagi.
.
Sekian coretan dari suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
19.12.2017
Sunway Medical Centre KL
Comments are closed.