Saturday, April 27, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Tarik Kerusi Bawa Padah

Mesej yg Disebarkn

Info Penting yg Perlu d Baca oleh Semua!

Tolong kc ingat Anak2 dan Cucu kita, agar TIDAK Bergurau dgn cara MENARIK BANGKU/KERUSI, ketika anak lain akan duduk…….

Ada Pelajar SMK, minggu yg lalu, ketika dia mau duduk, KERUSI nya ditarik oleh kawan lelaki nya, sehingga dia jatuh terduduk, dan dia langsung ‘TERDIAM dan hanya mengeluarkan air mata’

Kemudian, pihak sekolah langsung membawa nya ke Rumah Sakit…..

Tapi, sampai saat ini, Pelajar/Anak Perempuan tersebut menderita KELUMPUHAN, dan TDK dapat Bercakap

Menurut Dokter, dia terjatuh dn terkena Tulang Ekor nya……..

Para GURU d Sekolah/Kolej/Uni, tolong kc INGAT murid2 kamu ttg HAL ini…….

Para IBUBAPA & KAWAN2, marilah kita sama2 MENGINGATkan ANAK CUCU kita tentang HAL ini, agar TIDAK terjadi lagi peristiwa, yg kelihatannya hanya ‘remeh’, tetapi dapat MEMUSNAHkan Masa Depan anak orang lain

# Saya anggap PERKARA ini sgt penting, sebab itu saya share kpd orang lain..

◾◾◾◾◾
Satu peringatan yang cukup bermakna. Jangan bergurau sedemikian rupa kerana boleh mendatang padah.

Cuma dari segi perubatan, KELUMPUHAN yang kanak-kanak itu alami tidak munasabah dengan kedudukan anatomi saraf. Tulang ekor tiada kena mengena dengan saraf kaki. Lumpuh separuh terjadi jika patah tulang belakang bernombor L3, L4, L5.

Begitu juga dengan PERCAKAPAN, juga tiada kena mengena dengan tulang ekor. Saraf percakapan terletak dalam otak.

Kemungkinan berita yang dinyatakan di atas itu tidak lengkap. Jika kanak-kanak tadi jatuh dan terhantuk kepala sehingga menyebabka kecederaan kepada tengkorak kepala, besar kemungkinan saraf percakapan di bahagian otak juga akan terlibat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles