Friday, April 26, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Cabaran airport Team Madinah


“Kalau pergi Advance party ni mesti kena bertugas di terminal kapal terbang lagi?” Isteriku memulakan bicara.
Aku diam tanpa jawapan setelah mendapat tahu tarikh penerbangan sebagai petugas haji. Tawaran dapat bertugas pada tahun ni agak lambat sedikit berbanding dengan sebelum ini.
Aku tidak tahu jawapan yang selunak mana untuk diberikan kepada insan tersayang. Ada dua perasaan yang mendatang setelah dipilih sebagai petugas perubatan kali ini…
Pertama sedih kerana terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak dalam jangka waktu yang agak lama berbanding dengan petugas lain.
”Amacam Dr Suhazeli, Terminal Madinah ok?” Tegur Hj Dolah sewaktu bersua di Muzakarah Haji di Port Dickson.
Aku kelat untuk menyatakan ya. Tetapi aku menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pengatur.
….   
….dan Allah Sebaik-baik Pengatur Perancangan. ( Surah Ali Imran: 54)

”Takkan Yang tak boleh request?” Sahut isteriku memecah lamunan diri. Ia terbit dari perasaan hati yang tidak mahu berpisah lama dengan suami tercinta. Pengalaman perit membesarkan anak-anak kesaorangan pada dua tahun lalu masih belum pulih. Beliaulah kehulu kehilir menghantar anak ke sekolah, hantar Arsyad ke rumah pengasuh dan dalam masa yang sama berkerja. Routine harian ini semestinya akan berulang dari pagi, tengahari dan lewat malam. Pengalaman yang cukup menyiksakan bagi seorang wanita bergelar ibu merangkap ayah selama hampir tiga bulan, dua tahun lalu. Kalau boleh diikhtiarkan, pengalaman itu tidak mahu diulangi lagi pada musim haji kali ini.
Aku tidak mahu meminta-minta dalam urusan penempatan bertugas ini. Yang penting aku mengikhlaskan diri, bertugas menyambut para Duyufurrhmaan kerana Allah semata-mata.

Kedua, perasaan gembira kerana dipilih oleh Allah menjadi tetamunya buat kali ketiga. Tambahan pula dipilih menjadi petugas sebagai penyambut para tetamu Allah di Tanah Suci. Aku suka melihat wajah-wajah bersih bakal jemaah haji yang telah bebas dari hutang, telah bermaafan panjang dengan saudara mara dan telah berkorban untuk semata-mata menunaikan fardu kelima ini.

“YA Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku haji yang Mabrur, Ya Allah, Engkaulah Empunya permusafiran ini, dan khalifah bagi (menjaga) keluarga (ku), aku berlindung dengan-Mu dari keburukan permusafiran, kekaburan penglihatan, keburukan pada harta dan keluarga“.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

6 COMMENTS

Comments are closed.

Popular Articles