Garissa Refugee Aid Mission

Majoriti negara-negara di benua Afrika berada di bawah paras kemiskinan tegar. Tetapi mereka harus berjuang untuk meneruskan kehidupan. Dahulunya negara seperti Sudan, Kenya, Somalia, Ethiopia adalah sebuah lembah yang aman dan subur. Di sinilah terletaknya tamadun kerajaan Habsyah yang pernah menyambut kedatangan sahabat hijrah pertama di zaman Rasulullah SAW. Namun negara-negara itu tak pernah sunyi […]

Jadikan Kebersihan Budaya Hidup

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam #KempenTerengganuBersih di Pantai Batu Buruk pada petang tadi. Kempen ini adalah kempen kesedaran kepada masyarakat secara khususnya untuk menjaga alam sekitar dan kebersihan. Sesungguhnya kotoron yang merata di tepian pantai boleh merosakkan pemandangan dan sekaligus mencacatkan ekosistem alam. Sempat saya catatkan di sini beberapa pihak yang […]

Konflik Jual Produk dan EBM

Saya pernah sewaktu awal karier kedoktoran dahulu terlibat dalam jualan MLM. Sempat bertahan 5 bulan sahaja kerana merasakan konflik kepentingan. Pada waktu itu saya bekerja di jabatan surgeri (pembedahan). Saya mengaku, semasa konsultasi bersama pesakit, saya agak bias untuk menawarkan produk pemakanan kesihatan MLM yang saya ceburi. Tetapi saya tidak berjaya meraih keuntungan, kerana pemikiran […]

Melangkah Jauh

QURBAN AMAL . Kenangan menguruskan Qurban setiap musim raya qurban ada pahit dan manisnya. Sejak 2009 saya terlibat sebagai ketua delegasi untuk program ni. Bermula dengan Qurban Amal di Bandar Marawi, Tengah Mindanao sehinggalah sekarang ini, kami akan ke Republik Sudan Selatan dan Ethiopia. . Sdr Majid Kadir, salah seorang ahli delegasi pernah sekali diterajang […]

Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) telah mengadakan Majlis pelancaran *Kempen Bantuan Pelarian Syria* _*Musim Sejuk*_ semalam dengan jayanya malam tadi di SABASUN 2 Gong Badak. Majlis yang saban tahun di adakan ini yang mana tahun ini merupakan tahun ke empat telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak SABASUN Hyperuncit gong badak. “Saya selaku Timbalan […]

Tuliskan Niat Kami 

Sejak tahun 2009, saya turun menjalankan khidmat Qorban luar negara. Bermula dengan program Qorban di Mindanao selama 4 tahun berturut-turut dan kemudian Sudan bermula 2013. Seronok kerana dapat menabur khidmat di negara yang dhaif dan memerlukan ini. Layanan mereka superb. Yang terpenting adalah kami dapat memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat yang fakir lagi miskin. Contohnya […]

Bantuan dan Khidmat Sukarela : Pengalaman Amal Malaysia

Oleh : Najahudin Lateh (Pensyarah UiTM). [Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Wahyu Asas Tamadun Islam pada 29-29 Julai 2009 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), anjuran Fakulti Pengajian al-Quran & al-Sunnah, USIM] Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar secara sah telah ditubuhkan pada 30 Mei 2001. […]

Nostalgia Banjir

Pejam celik, genap setahun aku berada di Kemaman. Garis sejarah hidup yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Baharu sahaja lapor diri, selang beberapa hari banjir paling teruk di Kemaman. Dikatakan lebih teruk dari peristiwa bah besar 60 tahun dahulu. Setiap kali menoleh beberapa ragam manusia banjir tahun lalu, mataku mula berkaca. *** “Abang Bot, ambik […]

Sertai kami Qurban & Aqiqah di Kassala Sudan

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mensasarkan 500 ekor lembu dan 500 ekor kambing disumbangkan kepada program Qorban sempena Aidil Adha di Kassala dan Gadrif Timur Sudan tahun ini. “Program Qorban di Kassala Sudan ini sudah masuk tahun ke 6 Yayasan Amal Malaysia ke sana.” Kata Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengarah Qurban Kassala Sudan 2014. […]

Selamat Hari Raya Gaza!

Masuk minggu ketiga serangan Israel ke atas Segenting Gaza menyaksikan kematian demi kematian, kemusnahan demi kemusnahan. Serangan Israel sebenarnya akan membunuh keseluruhan 1.8 juta rakyat Gaza yang naif. Justeru akan menjadikan Segenting Gaza bagai padang jarak padang tekukur dalam masa yang singkat. Dianggarkan jumlah kemusnahan terkini melibatkan 2655 buah rumah hancur secara total. Manakala 3175 […]

Qurban dan Aqiqah Sudan & Eritrea

Buat kali ke-5 Yayasan amal Terengganu di beri mandat untuk menguruskan Program Khidmat komuiti dalam bentuk Qurban dan Aqiqah di Kem Pelarian Erithrea di  Kassala Sudan. Justeru saya membuka peluang kepada semua untuk membantu mereka dengan menyertai Qurban atau Aqiqah disana. Borang pendaftaran online boleh dicapai melalui link ini. Pada tahun  ini harga sebahagian dari […]

Misi Perubatan dan Rehabilitasi ke Ghazzah, Palestin

Palestin adalah tanah umat Islam yang perlu dipertahankan. Perjuangan membebaskan Palestin dari kezaliman zionis perlu digerakkan sekadar yang mampu. Kita sebagai umat Islam berjauhan dengan bumi Palestin wajib memainkan peranan yang maksima. Paling tidak kempen 3B yang dilaungkan oleh SABASUN HyperRuncit turut kita sambut. Berdoa, Berderma dan Boikot demi menjatuhkan Zionis Israel. Alhamdulillah dengan doa […]

Qurban dan Aqiqah Mindanao 2012

Bagi pihak Yayasan Amal Malaysia, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua deligasi relawan amal, Bangsamoro Developmental Agency (BDA), para penyumbang Qurban dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program pada tahun ini. Semoga segala usaha kita diberkati Allah jua.

Amal Terengganu akan menyantuni 500 anak Yatim pada 27 Ramadhan ini

PROGRAM IHYA RAMADHAN-IFTHAR BERSAMA ANAK YATIM ANJURAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU Yayasan Amal Cawangan Terengganu akan mengadakan Program Ihya Ramadhan-Ifthar Bersama Anak Yatim pada Ramadhan tahun ini. Berikut adalah butiran lanjut: Tarikh : 27 Ramadhan 1433 / 16hb September 2012 Masa : 4.00 ptg. Tempat : Masjid Pengadang Baru, Terengganu 2. Program ini bertujuan […]

Siri Kempen Jauhi Zina 2010

Bertemakan “Sayangi Diri Anda-Bijak Jauhi Zina” kami berusaha membawa pendekatan baru dalam metodologi dakwah kepada generasi remaja. Lebih dari 12 sesi ceramah motivasi ini berjalan seluruh Terengganu bermula jun 2010. Nisa Terengganu adalah pemula utama ke arah ini. Dengan berpaksikan bahawa anak muda perlu di cakna, Nisa Terengganu telah mengarahkan seluruh Nisa cawangan untuk menganjurkan […]

Mesra Eidulfitri MSK 2010

Pada hari raya ke 3 lepas saya telah dijemput oleh Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengisi slot Talk Show di Balai Islam Lundang. Topik yang dibincangkan berkaitan dengan landskap gejala sosial masa kini dan peranan mahasiswa sebagai  agen perubah masyarakat. Saya begitu bertuah kerana saya telah digandingkan dengan sdr Amin Idris […]

Kempen Derma Darah bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Nurzahirah

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu pada tahun ini meneruskan lagi kebajikan tahunannya dengan mengadakan kempen derma darah. Kempen ini adalah kerjasama dari Unit Tabung Darah HSNZ dan Masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Bermula dengan Masjid Pengadang Baru (15 Ogos 2010) dan diikuti dengan Masjid Taqwa Batu Enam (24 Ogos 2010), Masjid […]

Modul Sayangi Anak Muda- Anda Bijak Jauhi Zina

Dalam minggu lepas, saya berhempas pulas mencari modul yang di katakan agak sempurna mengenai Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Beberapa bahan telah saya dapati dari internet dan interaksi dengan sahabat. Antaranya ceramah pengenalan kepada HEADSS (Teknik mendekati dan kaunseling remaja). Saya cuga mengucapkan terima kasih kepada Pn Intan Idiana Hassan, kerana membekal bahan ceramah beliau […]

Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda

Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda Seberang Takir, 15hb Jun 2010. Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda telah diadakan dengan jayanya. Program ini adalah anjuran Nisa Kuala Nerus dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari remaja sekitar Seberang Takir. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr Hj Suhazeli bin Abdullah, pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu. Turut serta memberi nasihat […]

Kenyataan Akhbar PAPISMA: Serangan Askar Yahudi ke atas kapal sukarelawan LifeLine4Gaza

PAPISMA mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang telah dilakukan oleh tentera Zionis Yahudi keatas kapal sukarelawan misi kemanusiaan LifeLine4Gaza pada 31hb Mei 2010. Sesungguhnya perlakuan biadap dan tidak berperikemanusiaan ini telah mencemar tamaddun kemanusiaan sejagat. Walau apa bangsa atau agama sukarelawan yang telah diserang, PAPISMA dengan sepenuh hati menyeru seluruh dunia agar bersama-sama menentang kezaliman ini. PAPISMA […]