Friday, April 26, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Bahaya Minum Air Sejuk Ketika Berbuka Puasa?

Dr Ghazali Ahmad, Ketua Pakar Nefrologi Kebangsaan menyangkal satu tulisan ayng kononnya dari Dr Fazly Sanusi berkaitan meminum air sejuk merosakkan buah pinggang. Berikut adalah jawapan beliau:

Mesej yang disebarkan
Mesej yang disebarkan

Maklum balas kepada posting di bawah berkenaan saranan Dr Fazly Sanusi tentang larangan minum air sejuk ketika berbuka puasa, untuk pengetahuan semua:

1. Dr Fazly Sanusi, jika ada nama berkenaan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan bertugas dengan Hospital Putrajaya , boleh disahkan sebagai BUKAN pakar buah pinggang. Setakat bulan Mei 2016, terdapat 153 Pakar Nefrologi ( buah pinggang) yang didaftarkan oleh National Subspecialty Committee for Nephrology, Academy of Medicine, Malaysia. Tiada seorang pun yang bernama Dr Fazly.

2. Nama Hospital Putrajaya ialah Hospital Putrajaya, bukan Hospital Awam Putrajaya. Dari mula hospital berkenaan memulakan perkhidmatan klinikal sehingga kini, TIADA seorang pun pakar nefrologi yang ditempatkan oleh KKM untuk bertugas di hospital tersebut.

3. Sebab utama penyakit buah pinggang kronik di Malaysia ialah Diabetes. 62% peratus dari 7050 pesakit baru yang memulakan rawatan dialisis berkekalan pada tahun 2014 adalah pesakit diabetes.

4. Tiga faktor risiko tertinggi penyakit buah pinggang dari kajian 900 orang awam di Semenanjung Malaysia pada tahun 2012 ialah diabetes, peningkatan umur dan tekanan darah tinggi.

5. Tidak pernah ada kajian klinikal yang dilaporkan yang menghubung kait kerosakan buah pinggang dengan amalan berpuasa dikalangan orang awam yang sihat.

6. Tidak pernah ada kajian klinikal yang dilaporkan menghubung kait amalan meminum air sejuk ketika berbuka puasa dengan kerosakan buah pinggang. Jawatan berikut adalah senarai credential untuk menolak kebenaran yang dinyatakan dalam posting di bawah.

dr-ghazaliDr Ghazali Ahmad ( SDARA 71-76) 1.Pengerusi Jawatankuasa Credentialing , Nephrology Subspecialty ( 2015-2017)
2.Pengerusi National Renal Registry( 2008-2017)
3. Ketua Perkhidmatan Nefrologi Kebangsaan, KKM( 2008-2014).
4. Presiden, Persatuan Nefrologi Malaysia (2000-2012)
5. Ketua, Jabatan Nefrologi, HKL (2006-2016)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles