Vaksin COVID-19 Penyebab Transhuman?
Vaksin COVID-19 Penyebab Transhuman?
Vaksin COVID-19 tidak menjadikan seseorang itu berubah menjadi manusia robot atau transhuman. Bahkan dalam dunia tidak pernah pun terbukti transhuman itu wujud. Ia hanyalah berada dalam filem sains Fiksyen sahaja.
Siapa yang percaya vaksin COVID-19 boleh menjadikan seseorang itu jadi transhuman adalah tidak cerdik. Tukang bawa cerita pun ceduk dari daripada website luar yang banyak putar belit cerita.
Satu lagi, mereka masih lagi berfikiran ketat (fixed mind) bahawa vaksin mengandungi mikrocip untuk mengawal manusia. Sekarang ini sudah jutaan dos vaksin diberikan di dalam negara dan seluruh dunia, tiada seorang pun dikawal secara “remote control” oleh pengeluar vaksin!
Yang pelik ada juga manusia yang percaya, yang sebar dan terus mengikuti pemikiran ketat mereka itu.
Entahlah labu….
DrS
17.2.2022
