Monday, April 29, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Soaljawab Dr MAZA: Kenapa tak mampu laksana hukuman murtad?

Hari ini terjumpa satu youtube ulasan dari Dr Asri Zainal Abidin mengenai perlaksanaan hukum murtad di negara Malaysia yang telah mengisytiharkan sebagai sebuah negara Islam. Cuba dengar betul-betul jawapan yang telah diberikan oleh oleh MAZA dan anda boleh membuat kesimpulan tersendiri. Komen saya adalah seperti yang tertera dibawah ini.


My Comments

Saya sedih dengan jawapan seorang mufti berkaliber mengenai isu ini. Jawapannya lebih bersifat reaktif bukannya responsif. Mana hadis-hadis yang menyuruh kita melaksanakan hukum murtad? Jawapannya juga menggunakan akal sendiri dengan hujah bahawa ada orang menuduh kita kafir yang menyebabkan kita tidak mampu melaksanakan hukum islam. Analogi yang dibuat….kita tidak sembahyang kerana ada orang tuduh kita kafir, menyebabkan kita meninggalkan sembahyang. Ini menunjukkan kita tidak ada integriti diri serta tidak berakidah kukuh. Dengan tohmahan kecil menyebabkan kita sudah mengaku kalah dan mengiakan bahawa kita memang kafir! Di mana maruah kita?

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

5 COMMENTS

Comments are closed.

Popular Articles